Categories: Tips & Petua

Petua Masak Telur Yang Sempurna Sifatnya

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2019-11-28 04:50:50

Rata-rata memang menggemari telur dalam hidangan. Ia selalu menjadi pelengkap dalam masakan. Jelaslah telur selalunya sesuai dalam apa jua hidangan. Masalahnya kadang-kadang nak telur mata, tapi jadi telur rebus. Macam mana nak pastikan kita dapat apa kita niatkan? ikutlah petua ini.

1. Letak Sedikit Air Dalam Kuali

Photo Credit: simplyscratch.com

Wap panas akan membantu memasakkan telur dengan lebih sekata. Tak perlu usik-usik telur yang sedang digoreng. Nanti pecah sia-sia je usaha nak buat telus mata kerbau. Kalau nak betul-betul selamat, boleh juga pecahkan telur dalam mangkuk terlebih dahulu sebelum masukkan dalam kuali untuk memastikan serpihan kulit tak tercampur.

2. Gunakan Mentega

Photo Credit: rd.com

Korang boleh menghasilkan telur hancur yang sangat creamy dan puffy kalau korang gunakan mentega cair berbanding minyak masak. Pastikan guna api kecil supaya telur tidak cepat kering. Kaedah ini memastikan tekstur telur itu kekal creamy dan sedap.

3. Pukul Telur Lebih Lama

Photo Credit: thespruceeats.com

Faktor utama menyumbang kegebuan ialah kandungan udara dalam adunan. Jadi, jangan malas untuk lebih memukul telur itu. Kalau nak, boleh juga masukkan serbuk penaik untuk membuatnya lebih gebu.

4. Buat Telur "Muffin"

Photo Credit: foodnetwork.com

Untuk korang yang tak cukup masa nak prepare sarapan pagi, hidangan ini boleh dibuat pada hujung minggu dan mampu bertahan sehingga seminggu. Letak lah apa-apa yang korang suka. Daripada cendawan sampailah keju. Semuanya sedap dan sesuai.

5. Telur Separuh Masak Sempurna

Photo Credit: malaysianchinesekitchen.com

Sebelum pecahkan telur itu, rendam dulu dalam air sejuk. Ini antara petua paling penting. Sekadar keluarkan telur tak cukup. Dengan merendam dalam air sejuk, korang akan hentikan proses memasak dengan serta-merta.

Telur memang banyak cara untuk dihidang. Gunalah teknik yang betul dan harap-harap korang akan dapat produk yang setimpal dengan niat!

myresipi

Recent Posts

Resipi Bendi Tumis Cili, Ikut Langkah Ini Bendi Mesti Tak Berlendir!

Resipi bendi tumis cili bersama telur adalah hidangan ringkas tetapi memerlukan teknik yang betul agar…

34 mins ago

Resipi Swiss Roll Strawberi, Guna Tip Ini Semasa Gulung Kek Supaya Tak Mudah Pecah

Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…

17 hours ago

Resipi Ayam Sambal Butter Thai, Rasa Pedas Manja Memang Menggoda Selera!

Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…

17 hours ago

Maksud Pecah Minyak Dalam Masakan, Nak Tumis Nanti Pakai Tips Ini

Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…

17 hours ago

Resipi Lempeng Ubi Kayu Ini Jarang Dibuat Orang, Sekali Cuba Pasti Terpikat!

Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…

17 hours ago

Pasta Ayam Goreng Pedas, Guna Pasta Jenis Ini Lagi Sedap & Cepat Masak!

Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…

18 hours ago