
Bukan mudah untuk menanak nasi dalam kuantiti besar. Jangan risau, sebenarnya terdapat petua masak nasi yang dapat memastikan ia gebu, berderai sebiji-sebiji, wangi dan tidak cepat basi.
Dengan langkah yang mudah diikuti, sesiapa pun boleh menghasilkan nasi yang sempurna untuk kenduri, majlis atau berniaga. Kalau ingin tahu langkah-langkah lengkapnya, jom teruskan membaca artikel di bawah.
Baca juga: Cara Basuh Kuetiau Supaya Tak Lembik Dan Melekat, Barulah ‘Perfect’ Kejadiannya!
PETUA MASAK NASI PUTIH DALAM KUANTITI YANG BESAR

Langkah 1: Sediakan periuk nasi
Untuk memastikan nasi tahan lama dan tidak cepat basi, isi air penuh dalam periuk nasi dan masak di atas dapur gas sehingga mendidih.
Inilah petua utama yang membantu mengekalkan kualiti nasi walaupun dimasak dalam kuantiti besar. Beberapa helai daun pandan juga dimasukkan ketika proses ini supaya dapur berbau harum.
Proses ini tidak perlu dilakukan setiap kali memasak, memadai sekali sebulan atau apabila memasak dalam jumlah yang banyak seperti majlis atau kenduri.
Langkah 2: Buang air panas dan bersihkan periuk
Apabila air sudah mendidih, buang air panas tersebut ke dalam sinki. Langkah ini bukan sahaja menjadikan nasi lebih tahan lama, tetapi juga membantu membersihkan saluran sinki daripada minyak tepu dan sisa lemak daripada makanan harian.
Langkah 3: Masukkan beras
Lap kering periuk nasi dan masukkan jumlah beras yang ingin dimasak. Sebagai contoh, 6 mangkuk beras biasa bersamaan lebih kurang 3 kilogram. Pastikan periuk nasi cukup besar untuk menampung jumlah beras yang digunakan.
Langkah 4: Basuh beras dengan bersih
Beras perlu dibasuh berkali-kali sehingga air basuhan betul-betul jernih. Langkah ini penting untuk memastikan semua kekotoran dan habuk beras dibersihkan dengan sempurna.
Elakkan mempercayai mitos bahawa basuhan banyak kali boleh menghilangkan zat yang penting, beras mesti bersih!
Langkah 5: Sukatan air guna jari tengah
Petua paling mujarab untuk sukatan air ialah menggunakan jari tengah. Teknik ini boleh digunakan untuk sebarang jumlah beras, sama ada 1 kg atau 10 kg sekalipun.
- Beras biasa: Sukatan air di garisan tengah jari tengah.
- Beras yang keras: Sukatan air di garisan atas jari tengah.
- Beras lembut: Sukatan air di garisan bawah jari tengah.
Sebelum menyukat, ratakan permukaan beras supaya bacaan air lebih tepat.
Langkah 6: Tambah garam dan daun pandan
Masukkan 2 sudu teh garam bagi setiap 3 kilogram beras. Tujuannya untuk menjadikan nasi lebih tahan lama, sedap dan sedikit kenyal. Tambahkan juga beberapa helai daun pandan untuk aroma nasi yang wangi dan menyelerakan.
Langkah 7: Masak dan kacau nasi
Apabila nasi sudah masak dan suis periuk naik, kais-kaiskan nasi perlahan-lahan supaya wap keluar dan nasi masak rata. Langkah ini membantu mengelakkan nasi lembap atau cepat basi. Untuk jumlah 3 kilogram beras, masa memasak di dalam periuk elektrik biasanya sekitar 1 jam.
Sumber: Stella
Baca juga: Cara Rebus Telur Puyuh Supaya Senang Kupas, Tak Pecah & Kulit Tanggal Cantik!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














