resepi ikan

Kalau sebut tentang resepi ikan goreng, selalunya orang hanya akan lumur garam dan serbuk kunyit saja kan? Tapi kadang-kadang muncul rasa jemu juga.

Sebenarnya, ada cara mudah untuk jadikan ikan goreng lebih sedap, beraroma dan masak garing dengan cantik.

Cara masak ikan goreng ini juga lain dari biasa kerana bau dia sewaktu digoreng sangat wangi semerbak sampai satu rumah!

Jadi, kalau ada yang nak cuba, boleh lihat perkongsian oleh Puan Ct Nurul Jannah di bawah untuk ketahui apakah bahan-bahan yang diperlukan.

Baca juga: Resipi Acar Timun Kampung, Lauk Ringkas Tapi Sedap Betul Kalau Makan Dengan Ikan Goreng Panas!

RESEPI IKAN GORENG YANG TAK SAMA MACAM BIASA, BUKAN HANYA LUMUR GARAM DAN KUNYIT

resepi ikan

Bahan-bahan:

  • 6 ekor ikan selar kuning (atau apa-apa jenis ikan pun boleh)
  • ½ inci kunyit hidup*
  • ½ inci halia*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar tepung gandum

Cara-cara:

  1. Tumbuk semua bahan bertanda (*) hingga separa lumat
  2. Bersihkan ikan yang telah disiang dan toskan airnya.
  3. Gaulkan ikan bersama bahan tumbuk, garam dan tepung gandum hingga sebati.
  4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan hingga garing di luar tapi masih lembut di dalam.
  5. Angkat dan toskan minyak sebelum dihidang.

Sumber: CT Nurul Jannah

Baca juga: Petua Cuci Ikan Keli Supaya Hilang Hanyir & Lendir, Baru Berani Goreng Sebab Tak Meletup!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN