petua ikan masak taucu

Rupa-rupanya, ada petua ikan masak taucu lebih sedap mengikut perkongsian dari Cik Puan Nana Sabrina Sarsan ini. Menurut beliau, lauk ini akan menjadi lebih sedap dan menaikkan aroma selera untuk memakannya.

Seperti yang anda tahu, masakan melayu tradisional memang ada sentuhan yang akan menggamit memori silam. Kombinasi kacang taucu yang enak dan juga isi ikan yang lembut, memang suatu juadah yang tidak ditelan zaman.

Baca juga: Ikan Tempatan Yang Berlemak Kaya Omega-3, Bukan Salmon Je Yang Ada

Mudah disiapkan dengan bahan asasnya ada taucu dan ikan, ia sedap dimakan dengan nasi panas-panas. Mari kita lihat apakah satu bahan yang menambahkan lagi rasa lazat hidangan ini. 


PETUA IKAN MASAK TAUCU LEBIH SEDAP

Assalamualaikum semua, ini cara saya masak Ikan Taucu, klu taknak makan bertambah jgn cuba resipi saya ini, saya tambah 1 bahan ni agar ikan Taucu jadi lagi sedap, aroma memikat hingga lupa diet.

petua ikan masak taucu

Bahan-bahan:

Bahan hiasan:

*** Bahan semua saya agak-agak sahaja.

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, goreng dahulu ikan yang sudah diperap kemudian angkat dan toskan. Tumis pula bahan kisar hingga naik bau, masukkan taucu.

2. Kemudian masukkan air asam jawa, air agak-agak saja kalau suka berkuah lebihkan air, kalau suka pekat, kurangkan air.

3. Kemudian masukkan sos ikan sedikit sahaja, garam, gula dan ajinomoto, kicap jika suka.

4. Biarkan mendidih seketika.

5. Masukkan bahan hiasan, kacau sebati, akhir sekali masukkan ikan, siap.


Selamat mencuba petua bagi lauk ikan masak taucu ini lebih sedap.

Sumber: Facebook Nana Sabrina Sarsan

Baca juga: Jeruk Ikan Masin Tenggiri Homemade, Tahan Berbulan Peram Dalam Bekas Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN