Categories: Tips & Petua

3 Petua Mudah Nak Buat Semut ‘Serik’ Naik Atas Meja, Makan Pun Jadi Lebih Selesa Tanpa Gangguan

Ada petua halau semut dari panjat meja makan yang boleh dicuba di rumah tanpa perlu guna bahan yang mahal atau susah nak cari. Masalah semut atas meja makan memang selalu jadi gangguan, lebih-lebih lagi bila ada makanan atau minuman manis terhidang.

Kadang-kadang baru sahaja letak kuih, air atau snek atas meja, tak lama kemudian semut dah mula naik dari kaki meja. Situasi ini memang biasa berlaku dan boleh buat kita rasa tidak selesa, terutama bila sedang makan bersama keluarga atau ada tetamu.s.

Sebenarnya ada beberapa cara mudah dan murah yang boleh dicuba untuk mengelakkan semut memanjat meja makan. Tak perlu modal besar atau beli barang mahal pun. Dengan hanya menggunakan barang yang sedia ada di rumah, masalah semut boleh dikurangkan dengan lebih cepat dan praktikal.

Baca juga: 7 Cara Mudah Hilangkan Lendir & Hanyir Ikan Keli, Tak ‘Berperang’ Lagi Bila Tengah Goreng!

3 PETUA HALAU SEMUT DARI PANJAT MEJA MAKAN

1. Gunakan Double Sided Tape Pada Kaki Meja

Antara cara paling mudah dan popular ialah menggunakan double sided tape pada kaki meja makan. Teknik ini nampak simple, tapi ramai yang kata memang menjadi.

Cara-caranya:

  1. Sediakan double sided tape dan gunting.
  2. Tampalkan pita tersebut mengelilingi kaki meja.
  3. Pastikan bahagian gam berada di luar supaya semut tidak dapat memanjat.

Biasanya gam boleh tahan sekitar 1 hingga 2 minggu sebelum kurang melekat. Bila dah hilang gam, hanya perlu tampal semula pada tempat yang sama.

2. Sapu Minyak Pada Kaki Meja

Selain tape, anda juga boleh guna minyak sebagai penghalang semut. Petua ini memang antara cara tradisional yang masih digunakan sampai sekarang.

Cara-caranya:

  1. Calit sedikit minyak pada jari.
  2. Sapu nipis pada sekeliling kaki meja.

Permukaan berminyak akan menyukarkan semut untuk memanjat naik. Anda boleh gunakan minyak masak biasa sahaja. Namun begitu, pastikan sapuan diulang semula selepas beberapa hari atau bila minyak mula kering supaya semut tidak sempat membuat “laluan” baru.

3. Gunakan Stoking Lama Dan Penyembur Serangga

Kalau ada stoking lama di rumah, jangan terus buang. Rupanya ia boleh dijadikan salah satu cara menghalang semut naik ke meja makan.

Cara-caranya:

  1. Ambil sepasang stoking lama.
  2. Potong kepada empat bahagian untuk setiap kaki meja.
  3. Sarungkan pada kaki meja.
  4. Kemudian semburkan dengan penyembur serangga seperti Ridsect atau produk yang sesuai.

Cara ini bukan saja membantu menghalang semut, malah ada yang berkongsi ia juga boleh mengelakkan lipas dan cicak daripada naik ke meja. Tetapi pastikan semburan dilakukan dengan berhati-hati dan jauh daripada makanan atau kawasan yang mudah dicapai kanak-kanak.

Sumber: Facebook

Baca juga: Jangan Main Ambil Je, Rupanya Ini 5 Cara Memilih Sotong Yang Betul-Betul Segar Di Pasar

Wan N

Recent Posts

Rupa Hampir Sama, Tapi Tak Serupa! Ini Beza Duku, Langsat, Duku Langsat & Dokong

Pernah tak anda berdiri lama di gerai buah sebab pening nak beza antara buah duku,…

1 day ago

Cara Pilih Buah Cempedak Yang Betul, Saiz Besar Belum Tentu Berisi… Periksa 6 Tanda Ini!

Musim buah cempedak memang buat ramai tak sabar nak membeli. Baunya yang harum semerbak pun…

1 day ago

Resipi Risoles Sardin, Luarnya Rangup Bila Digigit & Dalamnya Penuh Inti… Confirm Tak Cukup Sebiji!

Kalau suka kudapan yang rangup di luar tetapi lembut dan penuh inti di dalam, risoles…

1 day ago

Resipi Ayam Kicap Ini Nampak Mudah, Tapi Rupanya Ada Petua Yang Buat Kuahnya Lagi Sedap

Kalau sedang cari resipi masak kicap ayam yang mudah tetapi kuahnya tetap sedap, boleh cuba…

1 day ago

5 Resepi Ayam Simple Boleh Siap Dalam 20 Minit, Sesuai Untuk Ibu Kerjaya

Pulang dari pejabat dalam keadaan penat, perkara terakhir yang kita mahu buat adalah berdiri berjam-jam…

1 day ago

Resipi Nasi Goreng Nenas, Bahan Simple Tapi Gabungan Rasanya Memang Menjadi

Pernah cuba nasi goreng nenas? Kalau belum, jom buat! Gabungan rasa manis dan sedikit masam…

1 day ago