
Masalah semut berkerumun dalam gula memang selalu berlaku di dapur. Baru saja buka penutup atau cedok sikit, tiba-tiba nampak barisan semut kecil keluar masuk macam rumah sendiri. Kadangkala rasa nak buang, tapi sayang pula jika masih banyak. Sebenarnya ada petua halau semut dalam gula yang mudah, selamat dan tak memerlukan sebarang racun.
Melalui perkongsian video di TikTok oleh dapoqcekyah, beliau berkongsi petua halau semut dalam gula menggunakan bahan dapur yang memang selalu ada. Jom kita tengok caranya!
Baca juga: Cara Hilangkan Kutu Beras Paling Cepat, Tak Sampai 5 Minit Habis Satu Keturunan!
PETUA HALAU SEMUT DALAM GULA

Bahan-bahan yang diperlukan:
- Kulit kayu manis
- Bunga cengkih (guna banyak sikit untuk kesan lebih kuat)
- Cili kering
- Gula yang dah ada semut
- Satu bekas bersih
Cara-caranya:
- Masukkan semua gula yang sudah dimasuki semut ke dalam bekas dan tak perlu tapis.
- Letakkan kulit kayu manis, bunga cengkih dan cili kering ke dalam bekas gula.
- Kacau sedikit, sekadar alihkan rempah supaya ada yang berada di bahagian atas dan bawah gula.
- Tutup bekas tapi jangan rapat, tinggalkan sedikit ruang untuk semut keluar.
- Biarkan saja semalaman, semut akan lari keluar dengan sendirinya.
Rempah seperti bunga cengkih dan kulit kayu manis mengeluarkan aroma yang kuat. Bau ini membuatkan semut kurang selesa dan meninggalkan bekas gula tanpa kita perlu lakukan apa-apa yang merosakkan rasa gula.
Oleh itu, rempah-ratus yang digunakan selepas masak jangan dibuang. Keluarkan dan simpan kerana boleh digunakan berulang kali jika masalah sama terjadi lagi.
Semoga bermanfaat!
Sumber: dapoqcekyah
Baca juga: Petua Halau Lalat Dan Lipas Paling Menjadi, Campur 5 Bahan Dapur Saja!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














