Categories: Tips & Petua

6 Petua Elak Lauk Cepat Basi, Sesuai Untuk Yang Suka Masak Sekali Banyak & Nak Jimat Masa!

Jika selalu masak dalam kuantiti banyak, sama ada untuk keluarga atau berniaga, pasti pernah hadapi masalah lauk basi dengan cepat. Sebenarnya, ada petua untuk mengelakkannya daripada terjadi.

Nak mengelakkan lauk basi dengan cepat, boleh ikut beberapa petua yang kami kongsikan ini supaya dapat membantu lauk anda tahan lebih lama, kekal sedap dan selamat dimakan.

Baca juga: Tips Masak Pulut Kuning Tahan Lama & Tak Mudah Basi, Sampai Esok Masih Berkilat!

6 PETUA ELAK LAUK BASI DENGAN CEPAT

1. Wajib tumis bahan sampai betul-betul garing.

Sebagai contoh, bawang, cili dan rempah perlu ditumis hingga naik bau dan pecah minyak. Cara ini bukan saja menaikkan rasa, tapi juga membantu lauk tahan lebih lama.

2. Garam dan asam perlu digunakan secukupnya semasa memasak.

Apabila menggunakan garam atau bahan berasid seperti asam keping, asam jawa dan cuka, pastikan jumlahnya mencukupi dalam masakan kerana ia membantu mengawet lauk secara semula jadi.

3. Nak masak lauk berkuah, pastikan ia betul-betul mendidih.

Perkara ini sangat penting terutama ketika memasak lauk berkuah. Pastikan kuah dibiarkan mendidih sekurang-kurangnya 5 hingga 10 minit selepas semua bahan dimasukkan.

4. Elak untuk menggunakan sudu yang basah atau tangan dalam lauk.

Semasa mencedok lauk, pastikan guna sudu yang bersih dan kering. Cara ini dapat mengelakkan bakteria luar daripada mencemari lauk dan menyebabkan ia cepat rosak.

5. Lauk yang nak disimpan perlu disejukkan terlebih dahulu.

Nak simpan lauk yang sudah dimasak, pastikan ia betul-betul sejuk dahulu. Jika terus tutup waktu masih panas, wap yang terperangkap boleh buat lauk cepat basi.

6. Lauk yang tak habis dimakan perlu dipanaskan semula.

Jika lauk tak habis, pastikan panaskan semula sampai mendidih sebelum disimpan atau dimakan semula. Paling bagus, habiskan terus supaya lauk tak membazir.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: freepik dari Freepik

Sumber: Azlinah Ruslee

Baca juga: 4 Jenis Makanan Ini Cepat Basi Kalau Tak Jaga Elok, Ikut Petua Ini Untuk Atasinya

Aimi

Recent Posts

“Ini Bukan Bekal Suami, Buffet Namanya..” – Netizen Puji Lauk Meriah, Isteri Pun Bekerja Tapi Sempat Masak!

Menyediakan bekal makanan untuk suami bukanlah perkara mudah, apatah lagi apabila isteri sendiri turut bekerja…

3 hours ago

Resipi Mini Chicken Pot Pie Guna Air Fryer, Inti Ayam Berkrim Dalam Pastri Rangup Buat Lebih Nikmat!

Resipi chicken pot pie ini sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk keluarga. Inti ayam yang berkrim…

4 hours ago

Resipi Pasta Tomyam Creamy, Diolah Ikut Tekak Melayu Yang ‘Confirm’ Tak Muak Bila Makan!

Pasta tomyam creamy dengan udang ini sesuai untuk peminat hidangan pasta yang menggemari gabungan rasa…

4 hours ago

Resipi Ikan Masak Asam Rebus Dengan Nenas, Kuah Masam Pedas Memang Buat Kecur Air Liur!

Ikan masak asam rebus merupakan antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar lauk berkuah…

5 hours ago

Peminat Gyoza Wajib Cuba! Ini Resipi Homemade Guna 500g Ayam, Sekali Buat Dapat 90 Biji

Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…

7 hours ago

Resipi Telur Dadar Masak Lemak Cili Api, Lauk Jimat Dengan Kuah Pekat Berlemak Pedas!

Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…

7 hours ago