Jika sebelum ini, stok cili kisar yang dibuat sebagai stok untuk memasak tidak sampai seminggu dah berkulat. Akhirnya terpaksa dibuang begitu sahaja.
Seorang pengguna laman sosial Facebook, Roazura Bahari berkongsikan cara membuat cili kisar yang dapat tahan lama sehingga 3 bulan tanpa menggunakan sebarang bahan pengawet.
Bila ada cili kisar ini, senang bila nak masak sambal sotong atau aneka lauk lain. Simpan dalam peti ais, bila nak masak tinggal cedok je. Tak perlu susah-susah nak kisar cili kering setiap kali nak masak.
Sebelum ni jenuh buat cili kering kisar untuk simpan buat stok, tak sampai seminggu dah berkulat.
Ok jom saya nak share bagaimana cara nak buat cili kisar yang tahan 3 bulan tanpa bahan pengawet.
1. Potong 2 cili kering dan rebus.
2. Selepas rebus sejukkan, buang biji dan masukkan cili kering dalam mesin pengisar.
3. Tambah garam kasar, minyak masak, air dan air perahan asam jawa (sukatan agak sendiri ikut banyak mana cili)
#Air perahan asam jawa boleh juga gantikan cuka jika tiada alahan pada cuka.
4. Simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk. Guna bila perlu.
Cili kisar ni tahan 3 bulan.. Masa nak masak nanti just balance kan jer dengan bahan lain.
Kredit: Roazura Bahari
Resipi Nasi Goreng Cina Simple ini sesuai untuk anda yang mahukan hidangan mudah, tidak pedas…
Buttermilk spaghetti mungkin bukan gabungan yang biasa dibuat di rumah, tetapi sekali cuba memang boleh…
Kalau suka bancuhan celup tepung yang berserdak, berkerak dan rangup macam celup tepung Terengganu, ada…
Nak buat cucur udang bulat yang bentuknya cantik, tak leper dan rangup di luar? Ada…
Nak tahu cara masak beras basmati supaya nasi yang terhasil panjang, gebu, lembut dan tidak…
Asam Pedas Pari merupakan antara hidangan yang cukup sinonim dengan sajian selatan, terutama bagi peminat…