Sayur lemak putih sentiasa menjadi kegemaran ramai pada waktu makan tengahari. Siap ada petua nak buat sayur lemak yang lagi sedap dan aromanya berbau lebih wangi.
Seorang pengguna Facebook, Adiah Adam ada berkongsikan petuanya. Cara ini memang digunakan oleh orang lama sehingga sekarang. Jom lihat perkongsiannya di bawah.
Petua Buat Sayur Lemak Putih Yang Sedap
Petua mak kalau masak sayur lemak tu nak bagi sedap tumbuk bawang, ikan rebus, kelapa dan lada hitam. Yang penting pakai lesung batu.
Aroma masakan tu lain tau. Sebab tu lah kalau mak kita masak diaorang suka guna lesung batu berbanding blender. Kekal sampai sekarang.
Anak-anak zaman moden macam kita ni bila ‘rajin’ berada pada SKALA 5 baru guna ni.
Bahan-bahan:
- Bawang
- Ikan rebus
- Kelapa (segenggam)
- Lada hitam
- Santan
- Sayur pilihan
- Gula
- Garam
Cara-cara:
1. Tumbuk bawang, ikan rebus, kelapa dan lada hitam menggunakan lesung batu.
2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam santan.
3. Kacau sehingga menggelegak menggunakan api perlahan. Kemudian masukkan sayur. Perasakan dengan sedikit gula dan garam. Siap!
Kredit: Adiah Adam