Categories: Tips & Petua

Guna Minyak Atau Air? Ini Tip Bawang Kisar Tahan Lama & Tak Cepat Berkulat

Stok bawang kisar wajib ada di kebanyakan rumah kerana ia sangat memudahkan proses memasak.

Namun begitu, pasti ramai yang menghadapi masalah bawang kisar tidak tahan lama dan cepat berkulat bukan?

Oleh itu, jom MyResipi kongsikan tip supaya bawang blend ini dapat bertahan dalam tempoh yang lebih panjang.

Baca juga: Petua Buat Stok Cili Kisar Supaya Tahan Lama, 3 Bulan Pun Tak Berkulat!

TIP BAWANG KISAR TAHAN LAMA

Tidak semua orang menggunakan bawang kisar setiap hari. Oleh sebab itu, bawang perlu dikisar dengan cara yang betul agar ia boleh bertahan sehingga dua atau tiga minggu.

Ada beberapa petua yang boleh diamalkan agar bawang yang dikisar kekal elok walaupun sudah berminggu disimpan di dalam peti ais.

Antara salah satu petua yang sering digunakan oleh orang ramai adalah dengan mengisar bawang menggunakan minyak masak.

Ada juga yang mengisar bawang dengan air. Ini salah satu sebab kenapa bawang cepat menjadi rosak dan berkulat. Oleh itu, elakkan mengisar bawang dengan air.

Berikut merupakan cara-cara mengisar bawang yang betul:

1. Kupas semua bawang dan basuh sehingga bersih. Toskan bawang sehingga kering dan potong kecil agar lebih mudah untuk dikisar.

2. Masukkan bawang yang telah siap dipotong ke dalam pengisar dan masukkan minyak masak. Kebiasaannya, kita akan menggunakan sukatan minyak separuh daripada paras bawang dalam mesin pengisar. Namun, anda juga boleh mengisar bawang sedikit demi sedikit agar ia lebih mudah dikisar dan mengurangkan penggunaan minyak. 

3. Kisar sehingga lumat dan simpan ke dalam bekas kedap udara.

4. Taburkan garam pada permukaan bawang.

5. Tutup bekas dengan rapi dan simpan dalam peti sejuk.

6. Kaedah blender bawang tanpa air ini boleh menyebabkan bawang kisar tahan sehingga 2 minggu.

Sumber: Hello Doktor

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Petua Elak Bawang Putih Kisar Jadi Hijau & Tahan 3 Bulan

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago