pes nasi goreng

Mudahnya bila ada pes nasi goreng homemade ini. Bila nak masak, tinggal masukkan nasi dan sayur saja. Minyak masak pun tak perlu letak dah!

Pes ini sesuai untuk ibu-ibu yang bekerja. Apabila pulang ke rumah, boleh terus masak malam menggunakan pes ini. Sangat memudahkan!

Jadi, anda boleh cuba buat sendiri pes nasi goreng ini di rumah menggunakan resipi yang dikongsi oleh Ciksu Said di bawah.

Baca juga: Cara Masak Tebu Telur Masak Bening, Sayur Kampung Yang Semakin Dilupakan

CARA BUAT PES NASI GORENG

Bahan-bahan:

  • 20 biji cili padi hijau
  • 7 biji cili besar merah
  • 5 biji bawang besar
  • 1 labu bawang putih
  • 2 genggam ikan bilis
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa (jika suka)

Cara-cara:

1. Tumbuk cili padi pagi hijau, cili besar merah, bawang merah dan bawang putih sehingga semuanya hancur.

2. Kemudian, tumbuk ikan bilis. (Rendam terlebih dahulu supaya lembut dan senang untuk ditumbuk)

3. Masukkan minyak masak, kemudian masukkan semua bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi. Masak sampai kering dan pecah minyak.

4. Kemudian tambahkan garam, gula dan serbuk perasa (jika suka).

5. Masak smpai elok kejadianmya. Kepedasan mengikut individu, boleh kurangkan cili atau lebihkan jika suka pedas.

6. Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan ke dalam bekas bertutup. Simpan di dalam peti, bila nak goreng tinggal masukkan nasi dan sayur. Selamat mencuba!

pes nasi goreng

Kredit resipi dan gambar: Ciksu Said

Baca juga: Resipi Sup Kaki Ayam, Cara Masak Paling Mudah Tanpa Perlu Tumis

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN