Bila dapat panggilan mengejut, “Assalamualaikum, lagi 30 minit mak dengan ipar-duai sampai rumah ya, nak singgah makan malam sekali,” rasa macam nak luruh jantung, betul tak?
Bagi golongan ibu, suri rumah, mahupun wanita bekerja, situasi panik sebegini memang boleh mencetuskan keresahan.
Masakan tidak, proses mengupas bawang, mengisar cili dan menunggu tumisan pecah minyak sahaja sudah memakan masa yang lama.
Akhirnya, jalan pintas terpaksa diambil dengan memesan food delivery yang belum tentu menepati selera orang tua.
Sebenarnya, ada rahsia bagaimana golongan ibu moden boleh menghidangkan hidangan bertaraf ‘lauk kenduri’ dalam masa kurang 20 minit tanpa perlu berhempas-pulas.
Kuncinya adalah dengan menyimpan stok pes masakan di dapur. Penggunaan pes masakan bukan bermakna malas, sebaliknya ia merupakan strategi pengurusan masa yang bijak.
Berikut 6 jenama pes masakan lokal premium, autentik dan wajib ada di dapur anda sebagai penyelamat di waktu kecemasan.
Baca juga: Rupanya Ini Silap Kita! Patutlah Pankek Kurang Masak Dan Nipis Macam Lempeng
1. PES ASAM PEDAS MUAR – ADAMI
Menggulai asam pedas yang seimbang rasa masam, pedas, manis dan masinnya memerlukan kemahiran yang tinggi. Menariknya, pes daripada legasi terkenal Johor ini berkonsepkan ‘tanpa tumis’.
Anda hanya perlu didihkan air, masukkan Pes Asam Pedas Adami, kemudian masukkan ikan seperti pari atau parang, bendi, serta daun kesum. Dalam masa 15 minit, aromanya sudah semerbak menggamit selera.
2. PERENCAH SOTO MUAR – MAK PON MUAR
Menyediakan kuah soto memerlukan adunan rempah ratus yang tepat agar tidak rasa hambar atau terlalu muak. Jenama Mak Pon mengekalkan formulasi rempah kering tradisional asli Muar yang sangat wangi.
Cara memasak juga mudah. Hanya tumis perencah serbuk seketika bersama ayam atau daging, tambahkan air dan biarkan ia mereneh sehingga sup menjadi kaya dengan rasa herba.
3. PERENCAH MASAK LEMAK CILI API – ADABI
Tiada lagi episod tangan pijar akibat menumbuk cili padi dan anda tidak perlu risau tentang masalah kuah ‘pecah santan’ yang sering merosakkan rupa hidangan.
Perencah keluaran Adabi ini mengekalkan keaslian rasa kunyit hidup dan kepedasan cili padi yang sebenar. Campurkan sahaja perencah bersama ayam atau daging salai, tambahkan santan kotak, dan biarkan mereneh.
Hasilnya, kuah menjadi kuning pekat dan sangat menyengat.
4. PES KARI KEPALA IKAN PREMIUM – NISA BAKRI GOURMET
Memasak kari ikan agak berisiko kerana jika tersalah sukat serbuk kari, kuahnya boleh menjadi maung atau pahit. Pes premium hasil rekaan Chef Puan Sri Nisa Bakri ini bersifat anti-gagal.
Rasanya setanding kari kepala ikan gred restoran premium, kaya dengan aroma rempah ratus, seimbang rasa masam masinnya, sekali gus menaikkan ‘maruah’ hidangan tengah hari anda tanpa perlu menumis rempah ratus asing.
5. PES SAMBAL TUMIS – AYAM BRAND
Sambal tumis adalah menu wajib rakyat Malaysia, namun proses menunggunya pecah minyak dengan sempurna boleh memakan masa sehingga 45 minit.
Pes sambal tumis daripada Ayam Brand ini menjadi pilihan kerana tiada bahan pengawet dan MSG tambahan, menjadikannya sangat mesra keluarga.
Anda cuma perlu masukkan pes ke dalam kuali, tambah udang, sotong atau telur rebus. Kurang 10 minit, menu kegemaran seisi rumah sedia terhidang!
6. PES NASI ARAB MANDY / MAQLUBA – AL-BAYT
Membeli rempah ratus Arab secara berasingan agak merumitkan dan selalunya berbaki sehingga luput tarikh di dalam almari kerana jarang digunakan.
Set daripada Al-Bayt ini sangat lengkap kerana mengandungi beras basmati premium dan pes berempah.
Anda hanya perlu membasuh beras, masukkan pes ke dalam periuk nasi elektrik biasa dan biarkan ia masak. Hasilnya, nasi bertukar menjadi berderai wangi bak hotel lima bintang.
Dapatkan pes masakan di Shopee sekarang!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM




















