Hujung minggu kini tiba lagi dan pastinya para ibu sudah mula memikirkan menu sarapan buat keluarga tercinta. Hidangan yang ringkas, cepat disediakan, namun istimewa seperti pankek sering kali menjadi pilihan ramai.
Namun, masakan yang nampak mudah ini kerap kali mendatangkan kekecewaan pada cubaan pertama. Masalah seperti permukaan bertompok, adunan terlalu nipis atau bahagian luar garing tetapi dalamnya mentah sering kali berlaku.
Usah bimbang! Hari ini MyResipi sedia berkongsi panduan lengkap menghasilkan pankek lazat, estetik persis hidangan kafe mewah dan paling penting pasti jadi.
Baca juga: Ceriakan Hujung Minggu Dengan 7 Menu Dari Aplikasi Penghantaran Makanan. Boleh Guna Kod Promo!
UJI KONSISTENSI ADUNAN
Kunci utama kejayaan menu sarapan ini ditentukan oleh tahap kepekatan adunan anda. Jika adunan terlalu pekat, pankek akan menjadi terlampau padat dan menyebabkan bahagian dalamnya tidak masak. Sekiranya adunan terlalu cair pula, ia akan menjadi nipis serta hilang kegebuannya.
Oleh itu, pastikan anda melakukan ujian terlebih dahulu dengan mencedok adunan menggunakan sudu atau senduk. Adunan yang paling ideal mempunyai tekstur yang pekat namun masih mampu mengalir turun secara perlahan dan sekata.
Jika terdapat ketulan-ketulan kecil, ratakan adunan secara lembut menggunakan pemukul telur dan elakkan daripada terlebih gaul.
Bahan utama:
- 1 ½ cawan tepung gandum
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu besar serbuk penaik
- ½ sudu kecil garam halus
- 1 ¼ cawan susu penuh krim
- 1 biji telur
- 4 sudu besar mentega dicairkan
- 1 sudu kecil esen vanila
3 TIP MASAK PANKEK
Suhu kuali: Gunakan kuali anti-lekat dan panaskannya di atas api sederhana. Setelah kuali panas, kecilkan api ke tahap kecil-sederhana dan biarkan selama dua minit. Sapu sedikit mentega, kemudian lap mentega tersebut menggunakan tisu dapur bagi mendapatkan warna permukaan yang cantik.
Guna sukatan ¼ cawan: Bagi memastikan saiz pankek seragam, tuang adunan di tengah kuali menggunakan cawan sukatan bersaiz ¼ cawan. Lakukan gerakan membulat secara perlahan untuk membantu membentuk bulatan yang elok.
Teknik terbalikkan pankek: Jangan terburu-buru menterbalikkan adunan. Tunggu sehingga buih kecil timbul dan pecah di permukaan, kemudian terbalikkan pankek. Selitkan spatula plastik di bawahnya dan gunakan hayunan lembut pergelangan tangan.
Mudah sahaja, kan? Dengan menggunakan bahan-bahan asas sedia ada di dapur, anda mampu menghasilkan menu sarapan setaraf kafe hipster.
Selamat mencuba!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














