Categories: Resipi

Tuanku Permaisuri Pahang Kongsi Resipi Singgang Ikan Bilis, Lauk Simple Tapi Buat Ramai Kecur Air Liur

Nama Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila baginda berkongsi resipi singgang ikan bilis menerusi akaun TikTok Che Minah Sayang. Perkongsian santai daripada Permaisuri Pahang itu terus menjadi bualan netizen kerana menu yang dimasak nampak cukup simple tetapi sangat membuka selera.

Ramai yang tertarik melihat cara Permaisuri Pahang memasak dengan gaya bersahaja dan mudah diikuti. Walaupun hanya menggunakan bahan asas di dapur, hasil singgang ikan bilis tersebut nampak cukup menyelerakan hingga buat ramai mengaku terus rasa lapar bila tengok.

Gabungan rasa masam, pedas dan masin dalam kuah singgang ini memang “ngam” dimakan bersama nasi putih panas. Ada juga netizen yang mengakui lauk kampung seperti inilah yang selalu buat makan bertambah tanpa sedar.

Baca juga: Sentuhan Istimewa Rendang Dinding Perak Daripada Toh Puan Raja Noora, Resipi Warisan Klasik Yang Penuh Tradisi Keluarga Bangsawan

RESIPI SINGGANG IKAN BILIS ALA PERMAISURI PAHANG

Bahan-bahan:

  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cawan ikan bilis goreng
  • 10 hingga 15 biji cili padi
  • 2 hingga 3 sudu besar minyak bekas goreng ikan bilis
  • 2 hingga 3 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • 2 hingga 3 sudu besar asam jawa atau pes asam

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan minyak bekas goreng ikan bilis di dalam kuali.

2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.

3. Masukkan cili padi dan tumis seketika.

4. Tuang air mengikut kepekatan kuah yang diinginkan.

5. Masukkan asam jawa dan kacau hingga sebati.

6. Biarkan kuah mendidih seketika.

7. Perasakan dan tambah asam jika suka rasa lebih masam.

8. Masukkan ikan bilis goreng ke dalam kuah.

9. Reneh sekejap supaya rasa lebih sebati.

10. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Rahsia Sedap Singgang Ikan Bilis Permaisuri Pahang

Menurut perkongsian Permaisuri Pahang, antara rahsia utama yang menjadikan lauk ini lebih sedap ialah penggunaan minyak bekas goreng ikan bilis. Minyak tersebut memberi aroma yang lebih wangi selain menambahkan rasa lemak dan umami pada kuah singgang.

Selain itu, baginda turut berkongsi bahawa kadangkala baginda menggunakan pes asam dari Filipina untuk memberi rasa masam yang lebih unik. Namun begitu, penggunaan asam jawa biasa juga sudah cukup untuk menghasilkan kuah yang padu dan menyelerakan.

Tip Ringkas Daripada Permaisuri Pahang

Antara petua mudah yang dikongsikan oleh Permaisuri Pahang untuk hasil singgang lebih sedap:

  • Tidak perlu tambah garam jika ikan bilis sudah cukup masin
  • Lebihkan bawang besar untuk rasa kuah lebih manis semula jadi
  • Cili padi boleh dibiarkan sebiji supaya rasa pedas lebih seimbang

Resipi singgang ikan bilis ini memang sesuai dijadikan menu harian kerana sangat mudah disediakan dan menggunakan bahan yang ringkas. Perkongsian daripada Permaisuri Pahang ini sekali lagi membuktikan bahawa lauk kampung yang simple pun boleh jadi luar biasa bila dimasak dengan cara yang betul.

Sekali tengok memang terus terliur!

Selamat mencuba!

Sumber: cheminahsayang2

Baca juga: Tunku Azizah Kongsi Menu Air Tangan Sempena Majlis Perkahwinan Diraja

Aimi

Recent Posts

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

3 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

4 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

5 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

7 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

7 hours ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

7 hours ago