Masak nasi memang senang tapi bila ada periuk nasi yang bagus kat rumah, kita boleh buat nasi yang lebih empuk dan sedap.
Walaupun periuk nasi dengan satu butang dah cukup untuk ramai orang, ada juga yang lebih canggih dengan harga yang berpatutan. Jadi dalam senarai ini, kami pilih 10 Rice Cooker terbaik di Malaysia untuk tahun 2023, yang ada di Shopee dan Lazada.
Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Sebab Ada Kutu Beras Walaupun Tak Buka Lagi, Bukan Salah Periuk Nasi
Kalau korang nak jimat ruang kat dapur, mungkin lebih bagus kalau beli Pressure Cooker terus. Mahal sikit, tapi boleh masak lebih dari hanya nasi je.
Jangan risau, ini bukan artikel ‘paid review’ tau, jadi senarai di bawah ini memang antara yang menjadi pilihan ramai selepas melihat rating jujur dari pengguna di dalam talian.
Ciri-Ciri Yang Dipilih
Untuk tahu lebih lanjut apa yang perlu kita cari dalam rice cooker, skrol ke bawah page untuk panduan beli periuk nasi automatik kami.
Lapisan Non Stick
Periuk nasi yang biasa selalunya bukan jenis nonstick, maksudnya tiada lapisan tidak melekat di permukaan bawah periuk. Lapisan nonstick boleh membuatkan pencucian lebih senang. Jadi kami pilih model rice cooker yang ada lapisan non stick.
Butang Preset
Butang preset menyenangkan proses memasak, tapi untuk kebanyakan orang, tak perlu pun. Jadi, sesetengah model kami pilih ada butang preset, tapi ada yang minimal saja dengan ada feature-feature lain. Banyak brand bagus juga ada fungsi steam walaupun tiada butang preset.
Saiz & Kapasiti
Kebanyakan model kami pilih ada kapasiti antara 1.8L hingga 2L, cukup besar untuk 3-5 orang. Tapi ada yang lebih suka rice cooker mini. Jadi kami juga pilih satu rice cooker mini untuk korang consider.
Feature Lain
Paparan LED, Quick Cook, fungsi steamer & teknologi lain seperti 3D heating yang membantu membuat nasi lebih sedap & sekata, memang menyenangkan. Jadi model-model yang kami pilih ada ciri-ciri tambahan macam ni.
Jom kita tengok top 6 periuk nasi terbaik di pasaran untuk tahun 2023.
1. Gaabor Multifunction Rice Cooker Steamer GR-S30B
Kelebihan: Kapasiti 1.2L, sesuai untuk keluarga sederhana 2 – 4 orangPros: 6 Preset Menu masakan + fungsi steamer.
Kekurangan: Tiada
Spesifikasi – Kapasiti 1.2L untuk 2- 4 orang | Non-stick: ada | Timer: ada | LED Display: ada | Preset: ada | Power: 500W.
2. Rice Cooker Digital Toshiba 5 RC-10DH1NMY
Kelebihan: Kapasiti 1.2L, sesuai untuk keluarga sederhana 2 – 4 orangPros: 6 Preset Menu masakan + fungsi steamer.
Kekurangan: Mahal sedikit
Spesifikasi – Kapasiti: 1.2L utk 2- 4 orang | Non-stick: ada | Timer: ada | LED Display: ada | Preset: ada | Power: 500W.
3. Rice Cooker Tefal RK7321
Kelebihan: 8 butang preset & Fuzzy Logic Technology untuk proses masakan lebih rata.
Kekurangan: Mahal sikit.
Spesifikasi – Kapasiti: 1.8L utk 3- 5 orang | Non-stick: ada | Timer: ada | LED Display: tiada | Preset: ada.
4. Electrolux 1.8L Create 4 Rice Cooker E4RC1-350B
Kelebihan: Design lawa, fungsi steamer & datang sekali dengan aksesori.
Kekurangan: tiada timer, preset atau LED display.
Spesifikasi – Kapasiti: 1.8L utk 3- 5 orang | Non-stick: ada | Timer: tiada | LED Display: tiada | Preset: tiada | Power: 770W.
5. Rice Cooker Philips HD3129/60
Kelebihan: Harga bajet utk 2L, Smart 3D heating & pemanasan haba sekata.
Kekurangan: tiada timer, preset atau LED display.
Spesifikasi – Kapasiti: 2L utk lebih 5 orang | Non-stick: ada | Timer: tiada | LED Display: tiada | Preset: tiada | Power: 400W.
6. Rice Cooker Tefal RK5001
Kelebihan: 0.7L, kecil & kompak, 11 fungsi masakan & proses masakan lebih rata.
Kekurangan: mahal sikit.
Spesifikasi – Kapasiti: 0.7L | Non-stick: ada | Timer: ada | LED Display: ada | Preset: ada | Power: 420W.
Cara Guna Rice Cooker Dengan Betul
Langkah 1: Bilas beras untuk mengeluarkan lebihan kanji sehingga airnya jernih. Memasak nasi yang tidak dibilas boleh menyebabkan periuk terlebih mendidih.
Langkah 2: Letakkan nasi dalam periuk dan tambah air dalam nisbah 1:1 (1 cawan beras, 1 cawan air).
Langkah 3: Tutup penutup dan tekan butang untuk ‘turn on’ periuk. Banyak model dilengkapi dengan lampu untuk menunjukkan apabila ia mendidih.
Langkah 4: Apabila nasi selesai dimasak, perkakas akan bertukar kepada tetapan ‘keep warm’. Gunakan paddle plastik atau kayu supaya lapisan non-stick tak bercalar.
Langkah 5: Bersihkan serta-merta selepas digunakan dan matikan sumber kuasa periuk nasi.