jenis krim putar

Banyak resipi yang menggunakan krim putar? Lagi-lagi menu western dan kek. Tapi korang dah tahu belum bahawa krim putar ni ada banyak jenis.

Heavy cream, fresh cream, whipping cream, double cream, dairy cream dan non-dairy cream. Banyaknya jenis krim putar. Pening kepala bukan. Jom kita tengok perbezaan setiap satu jenis tu.

Jenis Krim Putar Yang Anda Perlu Tahu

  • Cooking Cream

jenis krim putar

  1. Sesuai dalam masakan barat.
  2. Selalu digunakan untuk sos & sup yang creamy.
  3. Kebanyakkan digunakan dalam sos carbonara, pasta, makaroni dan spaghetti.
  4. Untuk sup seperti creamy soup, chicken soup, creamy tomato soup & mushroom soup.
  • Whipping Cream

jenis krim putar

  1. Digunakan dalam masakan seperti kek, dessert & puding.
  2. Juga digunakan untuk topping & coklat ganache.
  3. Boleh juga buat frosting, tetapi kena campurkan dengan bahan tambahan supaya krim tidak cair.
  • Dairy Whipping Cream

jenis krim putar

  1. Ia sesuai digunakan dalam masakan barat, kek tiramisu, hiasan mudah untuk ais krim dan pencuci mulut ala barat.
  2. Tidak sesuai untuk hiasan dan salut pada kek kerana mudah cair.
  3. Ini bermakna ia tidak boleh mengekalkan bentuknya dalam masa yang lama dan mudah cair pada suhu bilik.
  4. Ia hendaklah diputar dengan kelajuan sederhana sehingga ia menjadi kental dan boleh dimasukkan dalam masakan ala barat.
  5. Selain itu, whipping cream kerap digunakan dalam pembuatan kek sebagai ejen pemekat.
  6. Sebaiknya, sebelum putarkan krim simpan krim putar di dalam peti sejuk bahagian bawah.
  7. Krim putar akan lebih mudah mengembang dalam keadaan sejuk.
  8. Kek yang menggunakan whipping cream seperti tiramisu & triffle.
  9. Kek tersebut disimpan dalam peti sejuk dan keluarkan ketika hendak dihidangkan.
  • Non-dairy Whipping Cream

jenis krim putar

  1. Ia dirumus daripada minyak sayuran dan minyak kelapa sawit dan tidak mengandungi bahan tenusu.
  2. Ini menjadikan ia stabil, corak yang dipaipkan akan tahan seminggu tanpa kehilangan bentuknya.
  3. Kembang 3-4 kali ganda dari kuantiti cecair asalnya jika diputar.
  4. Jadi jangan tuang lebih 20% dari saiz mangkuk.
  5. 1 liter krim boleh menyalut dan menghias 3 biji kek bersaiz 8 inci.
  6. Sebelum digunakan, kotak krim harus digoncangkan supaya sebati.
  7. Putar pada kelajuan yang tinggi hingga kembang dan gebu.

Banyak sangat perkara yang kita perlu ambil tahu. Jadi lepas ni senang untuk anda memilih krim putar yang sesuai.

Sumber: Nashar Effendy Noordin

Baca juga:

Peniaga Kongsi Cara ‘Short Cut’ Buat Kek Coklat Moist Gebu, Beratus Ribu Bekas Dah Terjual!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN