Categories: Resipi

Resepi Perapan Ayam Bakar Sedap, Masak Guna Air Fryer Hasilnya ‘Juicy’!

Resepi perapan ayam bakar ini khas untuk anda yang mencari resipi ayam bakar yang sedap. Dengan hanya menggunakan air fryer, anda boleh menyediakan hidangan istimewa ini dengan mudah dan cepat.

Hidangan ini juga pilihan yang lebih sihat kerana dimasak menggunakan air fryer yang tidak memerlukan minyak. Ayam bakar ini juga pasti membuka selera seisi keluarga. Jom cuba resipi lengkapnya di bawah!

Baca juga: Ayam Rebus Mix Herbs, Resipi Tanpa Minyak Sesuai Untuk Diet!

RESEPI PERAPAN AYAM BAKAR SEDAP

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar serbuk pati ayam
  • 1 sudu besar garlic salt
  • 1 sudu besar onion powder
  • 1 sudu besar black pepper
  • 1 sudu besar white pepper
  • 1 sudu besar mixed herbs
  • 1 sudu besar paprika
  • 1 sudu besar chili flakes

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan dalam satu bekas dan kacau hingga sebati.
  2. Untuk perapan ayam, kelar ayam dan perapkan dengan garam secukup rasa, sedikit olive oil dan 1 sudu besar rempah perapan (untuk 1 bahagian ayam).
  3. Jika menggunakan 5 bahagian ayam, tambahkan 5 sudu besar rempah perapan.
  4. Perap ayam semalaman.
  5. Bakar ayam menggunakan air fryer pada suhu 180°C selama 30-40 minit. Pastikan ayam dibalikkan pada separuh masa kedua.
  6. Simpan sisa rempah perapan dalam bekas tertutup.

Kredit resipi dan gambar: Nurha Muhammad

Baca juga: Resipi Sambal Ayam Sedap Menjilat Jari, Warna Pun Cantik & Merah Elok!

Nasiha

Recent Posts

Agar-Agar Gula Merah, Penyejuk Tekak Yang Paling Mudah Dibuat Di Rumah

Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…

48 mins ago

Kuah Rojak Petis Pekat Berkilat, Buat Sendiri Di Rumah Lebih Puas Hati!

Biasanya gerai di tepi pantai pasti ada menyediakan hidangan Rojak Petis yang lazat. Apa kata…

56 mins ago

Resipi Daging Enoki Roll, Paling Sedap Diratah Begitu Sahaja!

Resipi daging enoki roll ini sempurna untuk dinikmati sebagai makan malam yang lazat tanpa perlu…

2 hours ago

Resipi Bihun Goreng Lada Putih, Sepantas Kilat Boleh Siap Masak!

Resepi bihun goreng putih ini mungkin kelihatan ringkas, tetapi rasanya sangat sedap hingga boleh makan…

2 hours ago

Kacang Panjang Tumis Tauhu, Sayur Sedap Ini Tak Pernah Buat Orang Jemu

Sesuatu hidangan lauk itu tak lengkap tanpa sayur di sisinya, jadi kami nak kongsikan cara…

2 hours ago

Resepi Puteri Ayu Sukatan Cawan, Gebu Elok Siap Semerbak Bau Pandan!

Selalu nampak peniaga jual Puteri Ayu yang elok gebu sampaikan teringin buat di rumah. Sebenarnya,…

5 hours ago