Categories: Resipi

Resipi Donut Selembut Sutera, Rupanya Tidak Perlu Perap Doh!

Entri hari ini kami ingin kongsikan resipi donut selembut sutera yang sangat menarik serta mengiurkan. Ada cara dan teknik yang betul jika ingin menghasilkan donut yang gebu.

Resipi ini pasti akan menjadi sekiranya anda ikut langkahnya satu per satu. Jangan derhaka, ya!

Jom tengok resipi yang telah dikongsikan melalui laman sosial muka buku ini.

Baca juga: Resipi Air Soya Buat Sendiri, 3 Bahan Sudah Cukup Untuk Buat!

RESIPI DONUT SELEMBUT SUTERA

Bahan-Bahan:

  • 1/2 kg tepung gandum (apa-apa jenama pun boleh)
  • 1/2 peket yis kering (11g)
  • 1 sudu makan Ovalette (jika tiada Ovalette, gandakan kuning telur)
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu makan gula
  • 1 sudu makan planta (jika tiada, boleh guna minyak)
  • Secubit garam
  • Air secukupnya (lebih kurang 1 cawan air suam)

Cara-Cara Penyediaan:

1. Larutkan 1 cawan air suam dengan yis dan gula. Biarkan seketika sehingga yis berbuih dan larut sepenuhnya.

2. Dalam satu mangkuk besar, campurkan tepung gandum, planta, kuning telur, garam dan Ovalette. Gaul semua bahan sehingga sebati.

3. Tuangkan larutan yis yang telah disediakan ke dalam campuran tepung tadi. Uli adunan sehingga doh tidak melekat pada tangan. Jika doh terlalu keras, tambahkan sedikit air secara beransur-ansur sehingga doh mencapai kelembutan yang diingini.

4. Saya tidak perap doh ini. Selepas uli, terus canai dan bentuk donut.

5. Canai doh dengan ketebalan yang sesuai dan gunakan acuan donut untuk membentuknya. Jika tiada acuan donut, boleh guna mulut cawan untuk membentuk bahagian luar dan penutup botol mineral atau penutup botol minyak untuk membentuk lubang di tengah.

6. Tabur tepung pada talam supaya donut tidak melekat ketika dibiarkan kembang.

7. Biarkan donut yang telah dibentuk kembang selama lebih kurang 10 hingga 15 minit. Ini akan menjadikan donut lebih gebu dan lembut apabila digoreng.

8. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. Goreng donut sehingga keemasan. Pastikan kedua-dua belah donut digoreng dengan rata.

9. Angkat dan toskan minyak. Donut siap untuk dihidangkan.

Variasi Donut:

Untuk adunan ini, saya menghasilkan dua versi donut:

  • Donut Biasa:
    • Separuh daripada adunan digunakan untuk membuat donut biasa yang digoreng dan disalut dengan gula atau coklat cair mengikut citarasa.
  • Donut Berinti Kacang Merah:
    • Separuh lagi adunan digunakan untuk membuat donut berinti kacang merah. Caranya, letakkan sedikit inti kacang merah di tengah doh, bentukkan kembali menjadi bulat dan kemudian goreng seperti biasa.

Dengan menggunakan resepi ini, anda boleh menghasilkan lebih kurang 30 biji donut comel.

Sumber: Santai Resepi

Baca juga: Resipi Kuih Sagu Merah, Rasa Manis & Tekstur Kenyal Sedap Dikunyah!

Aisha Qistina

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

6 hours ago