Penternak ayam di Lampang, Thailand menggunakan ganja untuk diberi makan kepada ayam bagi meningkatkan kualiti telur dan daging haiwan tersebut.
Menurut CNN Indonesia, para penternak percaya bahawa penggunaan ganja dapat meningkatkan kualiti telur dan daging hasil ternakan tersebut.
Presiden komuniti penternakan Peth Lanna, Sirin Chaemthet menyatakan ramai penternak memilih untuk menggunakan marijuana (ganja) selepas ayam mereka didapati dijangkiti penyakit bronkitis burung meskipun telah diberi antibiotik.
Chaemthet menyatakan bagi mengatasi penyakit tersebut, ayam mereka telah diberikan ganja. Hasilnya, ayam tersebut memiliki daya ketahanan yang lebih tinggi untuk melawan penyakit itu.
Selain dari itu juga, ayam tersebut dilaporkan mampu untuk bertahan dalam menghadapi cuaca buruk.
Ekoran itu, para penternak memutuskan untuk tidak lagi menggunakan antibiotik dan menggantikan ganja untuk ternakan mereka.
Menurut Chaemtat, sebuah eksperimen mengenai pemberian ganja sebagai sumber makanan telah dijalankan oleh Fakulti Agrikultur dari Universiti Chiang Mai.
Chaemthat juga menyatakan perusahaannya kini menjual ayam dan telur dengan harga 100 baht (RM12.68) per kilo dan 6 baht (RM0.76) sebiji.
Selain itu, Chaemthat turut berkongsi maklum balas positif yang diterima daripada peniaga nasi ayam daripada hasil ternakannya itu. Perusahaannya juga bercadang untuk menjual ayam bakar pada masa akan datang.
Menurut Chaemthet, ayam ternakannya memenuhi keinginan para pengguna kerana menggunakan makanan yang sihat dan secara organik.
Tak hanya itu, presiden Dewan Peternakan Nasional Prapat Panyachatrak turut menilai dan menjadikan ganja sebagai dedak ayam kerana berkemampuan untuk kelangsungan makanan para pengguna.
Thailand disebut sebagai negara pertama di Asia yang mengizinkan tanaman ganja di rumah.
Meskipun begitu, terdapat sejumlah batasan dan larangan yang masih harus dipatuhi setiap pihak yang memanfaatkan tanaman mengkhayalkan ini.
Legalisasi ganja ini dilaporkan dilaksanakan demi mewujudkan sistem kesihatan yang baik dalam diri setiap masyarakat.
Sumber: Siakap Keli
Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…
Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…
Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…
Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…
Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…
Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…