penjual aiskrim

Kawasan rekreasi Gurney Bay, Pulau Pinang memang tumpuan ramai untuk bersiar-siar. Bagaimanapun, satu pendedahan di aplikasi Threads baru-baru ini mencetuskan kebimbangan mengenai tahap kebersihan makanan apabila tindakan seorang penjual aiskrim jalanan di sana mula terbongkar.

Menerusi perkongsian pengguna bernama @peonyyyaaa, dia meluahkan rasa kesal selepas mendapati hidangan yang dibeli daripada penjual aiskrim warga asing itu bukan sahaja mahal, malah disimpan di dalam bekas yang tidak sepatutnya.

Baca juga: “Dah Habis Makan, Tiba-Tiba Nampak…”– Pelanggan Dakwa Tikus Besar Berkeliaran Dekat Bekas Makanan Sebuah Restoran

Tular Penjual Aiskrim Warga Asing Guna ‘Tong Cat’ Di Gurney Bay

penjual aiskrim

“Siapa yang duk beli aiskrim uncle Myanmar dekat Gurney Bay tu, aiskrim dia letak dalam tong cat guys! Rasa kembang tekak, dah lah siap kena ‘scam’ satu aiskrim RM5. Sebelum beli, dia cakap RM1 atau RM1.50 je,” tulisnya.

Bukan sahaja isu harga yang berubah-ubah, malah penggunaan tong cat lama sebagai bekas makanan jelas mengundang bahaya dan rasa loya pembeli.

“Pegawai Suruh Tengok Sendiri…” – Saksi Dedah Situasi Sebenar Masa Kena Sita

Pendedahan itu turut dikuatkan lagi oleh seorang lagi pengguna Threads, @lqmnkimie_, yang kebetulan berada di lokasi kejadian semasa pihak berkuasa (MBPP) datang menyita motosikal peniaga terbabit.

Pada awalnya, dia mengakui ada terbit rasa kasihan melihat peniaga tersebut. Namun, segalanya berubah selepas dia melihat sendiri keadaan tempat penyimpanan aiskrim itu atas saranan pegawai bertugas.

“Bila pegawai tu sendiri suruh saya tengok tong aiskrim dalam tu, rasa macam kembang tekak. Pakcik Myanmar tu agak kurang ajar dengan pegawai sebab tak nak bagi kerjasama atas alasan cari makan untuk anak,” dedahnya.

Menurutnya lagi, peniaga tersebut sebenarnya sudah banyak kali ditegur supaya tidak berniaga di situ kerana kedudukannya di kawasan taman permainan dan skate park membahayakan kanak-kanak. Akhirnya, peniaga degil itu tetap disita bersama bukti keadaan jualan yang sangat kotor.

Sentiasa Berwaspada Sebelum Membeli

Isu ini mencetuskan kebimbangan ramai netizen tentang tahap hygiene makanan yang dijual oleh warga asing tanpa permit. Penggunaan bekas yang mengandungi sisa bahan kimia seperti tong cat amat membahayakan kesihatan, terutama buat golongan kanak-kanak.

Jadikan kes ini sebagai pengajaran untuk lebih berhati-hati dan menyelidik tahap kebersihan peniaga sebelum membeli sebarang makanan di tempat awam.

Sumber: Thread

Baca juga: Tular Manggis Dilarang Bawa Masuk Hotel Sama Macam Durian, Bukan Sebab Bau Tapi Ini Puncanya!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN