tikus besar

Baru-baru ini, tular satu perkongsian daripada seorang pengguna di laman sosial Threads yang meluahkan rasa kecewa dan geli selepas terserempak dengan seekor tikus besar di sebuah premis makanan yang dikunjunginya pada 7 Julai lalu.

Perkongsian tersebut membuktikan betapa kecewanya pelanggan itu apabila pengalaman makannya diganggu oleh kehadiran haiwan perosak berkenaan.

Baca juga: Ramai Tak Tahu! Ini 5 Produk Hasil Tangan Penghuni Penjara Kajang Yang Laku Keras & Berkualiti Premium

‘Dah Siap Makan, Tiba-Tiba Nampak Tikus Besar…’

tikus besar

“Semalam datang sini (07/07/2026). Tengah siap makan, tiba-tiba saya nampak ada tikus berkeliaran berhampiran kawasan makanan. Sebagai pelanggan, memang rasa tak selesa,” tulisnya.

Apa yang membuatkan situasi tersebut lebih membimbangkan adalah kedudukan haiwan perosak itu yang didakwa turut masuk ke dalam bekas makanan di restoran tersebut. Kita semua tahu, tikus merupakan pembawa pelbagai jenis penyakit berbahaya seperti kencing tikus.

Mohon Pihak Pengurusan Ambil Tindakan Segera

Tidak berniat untuk menutup periuk nasi sesiapa, pengguna tersebut menegaskan bahawa teguran ini dibuat demi kebaikan bersama. Beliau berharap agar pihak pengurusan premis mengambil berat tentang isu ini dan melakukan ‘post-mortem’ terhadap tahap kebersihan kedai mereka.

“Harap pihak pengurusan ambil tindakan segera dan tingkatkan tahap kebersihan supaya perkara macam ini tak jadi,” jelasnya lagi.

Isu kehadiran tikus atau lipas di kedai makan bukanlah perkara baru, tetapi ia adalah sesuatu yang wajib dipandang serius oleh semua pemilik premis. Banyak kesan buruk kalau usahawan makanan ambil remeh isu kebersihan.

Diharapkan isu-isu seperti ini menjadi pengajaran kepada semua pengendali makanan di luar sana. Kebersihan dapur dan ruang makan perlulah dijaga setiap hari, bukan sekadar bersih waktu nak tunggu gred KKM sahaja.

Sumber: Thread

Baca juga: “Menangis Di KLIA1…” – Hasrat Bawa 3 Bekas Musang King Ke Arab Saudi Gagal, Wanita Ini Luah Rasa Sedih!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN