Peniaga kecil di Labuan ini menjadi sebutan ramai apabila tampil dengan cara berniaga yang lebih teratur dan profesional. Setiap juadah yang dijual bukan sahaja dibungkus kemas, malah siap dengan label maklumat lengkap seperti produk di pasar raya.
Perkongsian tersebut dimuat naik oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di bawah Jabatan Kesihatan WP Labuan dan terus menerima pelbagai reaksi positif daripada orang ramai.
Kalau sebelum ini kita biasa beli kuih atau lauk di gerai tanpa sebarang maklumat terperinci, kali ini berbeza. Setiap bungkusan makanan disertakan label yang memaparkan:
Nampak seperti perkara kecil, tetapi impaknya besar. Ramai netizen menyamakan inisiatif ini dengan standard produk di pasar raya kerana maklumatnya jelas dan tersusun.
Apa yang turut menarik perhatian ialah pesanan pada label supaya pembeli memeriksa dahulu makanan sebelum dimakan, lihat, hidu dan rasa. Pesanan mudah ini sebenarnya sangat penting bagi memastikan juadah masih dalam keadaan baik.
Dalam masa sama, senarai ramuan yang dinyatakan juga membantu mereka yang mempunyai alahan makanan untuk membuat pilihan yang lebih selamat.
Walaupun berskala kecil, pendekatan ini menunjukkan tahap kesedaran yang tinggi terhadap keselamatan makanan dan kepercayaan pelanggan. Bukan sekadar menjual, tetapi benar-benar menjaga kualiti dan ketelusan.
Ramai berharap langkah seperti ini dapat dicontohi oleh lebih banyak peniaga lain. Kadang-kadang perkara yang nampak kecil inilah yang membuatkan pelanggan rasa lebih dihargai dan yakin untuk membeli lagi.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan
Baca juga: Letak Paket Minyak Dalam Kuali Panas, Wanita Dedah Sisi Gelap Peniaga Yang Tak Ramai Tahu!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…