Categories: Infomasi

‘Dik, Nasi Bujang Ada?’ – Peniaga Dedah Menu Ini Paling Laku Keras, Bukti Ramai Sedang Bergelut

Sebut saja nasi bujang, pasti ramai yang teringat zaman belajar dulu kan. Bila poket kering, hari-hari duk makan nasi bujang ni. Menu yang simple, tapi sedap dan tak muak.

Istilah nasi bujang ini selalunya dikaitkan dengan mereka yang baru bekerja atau ketika zaman belajar kerana pada waktu itu keadaan kewangan yang sangat terhad.

Nasi bujang adalah makanan yang paling mudah dan murah. Walaupun ia hanya terdiri daripada nasi putih, telur, sup kosong dan sambal, tapi menu ini sangat memberi kepuasan.

Peniaga Dedah Nasi Bujang Paling Laku Keras, Bukti Ramai Sedang Bergelut

Menyebut perihal nasi bujang, satu hantaran oleh seorang pengguna Facebook di laman Masak Apa Hari Ni mendapat perhatian netizen apabila dia berkongsi tentang kisahnya yang bersangkut paut dengan nasi bujang.

Dia menceritakan situasi di kedai makanannya apabila menu nasi bujang menjadi makanan paling laku dan banyak dipesan pelanggan apabila berada di tengah bulan.

Walaupun nama menu itu nasi bujang, pelanggan terdiri tidak mengira status bujang atau berkeluarga, kebanyakan mereka akan memesan menu berkenaan.

“Dik, nasi bujang ada ke?”

Tanya seorang pelanggan, wanita dlm lingkungan 40-an. Saya melihat beliau datang bersama suami dan 3 orang anak, kecil2 lagi..

Hidangan ni paling jadi permintaan di tengah-tengah bulan. Tak kira yang masih bujang atau yang dah berkeluarga..

Kita letak juga daging atau isi ayam di dalam kuah sup tu, telur dadar tu pun kita besarkan sedikit melebihi kuantiti nasi. Tak sampai hati tengok si ayah dan si ibu berkongsi 2 pinggan nasi ni dengan anak-anak..

Kita faham sangat sebab kita dulu pun datang dari keluarga yang susah..

Moga jadi pedoman..

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi bagaimana nasi bujang telah menyelamatkan hidup mereka.

Ramai juga yang mendoakan perniagaan penjual itu kerana tidak lokek berkongsi rezeki dengan orang yang memerlukan.

“Semoga akak dimurahkan rezeki yang melimpah ruah sebab tidak kedekut dengan customer,” kata salah seorang netizen.

Sumber: Syahiran Hilmi

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago