Categories: Resipi

Resipi Tapai Ubi Kayu, Ikut Cara Ni ‘Confirm’ Manis & Tak Masam

Ubi kayu merupakan antara makanan yang cukup popular dalam kalangan masyarakat kita. Selain direbus dan dimakan bersama dengan kelapa parut, ia juga sangat enak jika dibuat tapai ubi kayu. Bukan pulut sahaja boleh dibuat tapai, ubi ini juga turut boleh.

Sangat sedap apabila dibuat sedemikian rupa, lebih-lebih lagi jika digoreng selepas ianya dijadikan tapai. Namun untuk dijadikan tapai, ada tekniknya yang tersendiri agar rasanya manis dan sedap serta tidak masam.

Jom kita ikuti perkongsian dari Nor Aini Abd Rahman di bawah. Caranya sangat mudah dan kalau ikuti dengan betul pasti menjadi punya.

Cara Buat Tapai Ubi Kayu

Bahan-bahan:

  • 1/2 kilo ubi kayu
  • 1/2 biji ragi – sebesar duit 20 sen

Cara-cara penyediaannya:

  1. Kupas terlebih dahulu kulit ubi kayu dan potong ikut suka nak panjang mana. Ubi yang besar tu belah dua atau empat.
  2. Cuci bersih ubi tadi.
  3. Rebus ubi separuh empuk je.
  4. Kemudian toskan air dan biarkan sejuk.
  5. Haluskan ragi pakai penapis teh, tabur atas ubi kayu. Bagi semua bahagian kena ragi.
  6. Simpan dalam bekas tertutup, dua malam ubi dah jadi tapai.

Risau tapai jadi masam?

Di sebalik keenakan tapai ubi kayu yang kita nikmati itu, ramai tidak tahu proses menghasilkannya tidak semudah disangka.

Ada beberapa pantang larang yang diamalkan pembuatnya bagi menghasilkan tapai yang enak, manis dan bermutu.

Menurut Harian Metro, pelbagai pantang larang antaranya mulut jangan celupar dan mengeluarkan kata-kata tidak elok ketika menyediakan tapai.

Individu yang membuat tapai ubi juga tidak boleh dalam keadaan tertekan atau marah kerana kononnya boleh memberi kesan terhadap rasa tapai dihasilkan.

Kredit: Nor Aini Abd Rahman

Baca juga: Cara Buat Ubi Kayu Goreng Rangup & Lembut, ‘Ngam’ Betul Makan Sambil Hirup Kopi

Wan N

Recent Posts

Peminat Gyoza Wajib Cuba! Ini Resipi Homemade Guna 500g Ayam, Sekali Buat Dapat 90 Biji

Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…

2 hours ago

Resipi Telur Dadar Masak Lemak Cili Api, Lauk Jimat Dengan Kuah Pekat Berlemak Pedas!

Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…

2 hours ago

Resipi Ayam Goreng Tomyam Kering, Tak Berkuah Tapi Rasa Tomyam Tetap Menyerlah!

Ayam goreng tomyam kering ini sesuai untuk peminat lauk pedas yang mahukan kelainan daripada ayam…

3 hours ago

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

3 days ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

3 days ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

3 days ago