Jika kita rasa diri kita susah, sebenarnya masih ada lagi yang lebih susah daripada kita. Apabila kita berdepan dengan masalah, jangan pernah menyerah dan berdepanlah dengan masalah yang dihadapi.
Terbaharu, tular sebuah video TikTok yang dimuat naik oleh @danish.firds menunjukkan dia dihampiri oleh seorang individu yang berdepan dengan masalah ketika sedang menerbangkan pesawat dron di Ampang, Kuala Lumpur.
@danish.firds I tengah fly drone, tiba2 ada seorang pakcik ni datang sebelah saya minta bantuan dia menangis #bantuan #videoviral #tiktokmalaysia #orangmiskin #fyp #fypシ #cendol
Menerusi video tersebut, individu itu merupakan seorang peniaga cendol mendakwa dirinya rugi RM3,000 apabila rakan kenalannya yang dikatakan mahu membantunya untuk membuka sebuah kedai cendol di Terengganu tergamak menipunya.
Pada awalnya, individu terbabit hanya bertanyakan bagaimana boleh mencari imam yang berdekatan kepada Danish dan atas dasar ingin tahu maka dia meminta penjelasan kepada lelaki tersebut berkaitan masalah yang dihadapinya.
Malah, individu itu turut mengalami kecederaan di bahagian kaki dan lebih menyedihkan apabila keluarganya tidak mahu menerima dirinya disebabkan dia beragama Islam. Kasihan dengan nasib individu itu, Danish menghulurkan wang berjumlah RM50 dan memberitahu masjid yang berhampiran supaya lelaki boleh berjumpa dengan imam.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa kasihan dengan nasib malang yang menimpa lelaki itu serta berharap kenalannya yang menipu duitnya ditangkap.
Tidak hanya itu, segelintir netizen juga mahu membantu lelaki terbabit dan jika ada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang lelaki itu bolehlah berkongsi kepada umum.
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…