iphone

Tular video di TikTok apabila seorang peniaga ayam goreng ini secara tak sengaja telah jadi ‘Iphone Reviewer’ segera lepas telefonnya terjatuh di dalam minyak yang menggelegak ketika sedang merakam untuk membuat konten.

Baca juga: Gadis F&B Ini Jelaskan Beza Service Tax dan Service Charge Pada Resit

Peniaga yang menggunakan nama @zaiem_ainn di TikTok, sedang cuba membuat demonstrasi cara menggoreng ayam sebelum telefonnya tak sengaja tergelincir masuk ke dalam minyak yang sedang menggelegak panas.

Video Penuh:

Boleh dilihat momen-momen telefonnya terjatuh dan kedengaran bunyi ‘rangup’ sekaligus memberikan penonton rasa seakan-akan diri sendiri tengah digoreng.

Bila diangkat, videonya masih lagi merakam dan kita juga boleh melihat reaksi cuak dari peniaga ayam goreng tersebut. Nasib baik tiada apa-apa kerosakan. 

“Terima kasih Iphone, produk korang berkualiti sungguh!” katanya dalam video tersebut.

Video itu telah ditonton lebih dari 800,000 kali di TikTok dan mendapat tanda suka sebanyak 77.1k dan lebih dari 1000 komen.

Antara komen netizen:


Fuhh, kalau min, menangis beb kalau rosak. 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN