Categories: Infomasi

10 Bahan Pengganti Garam Agar Masakan Lebih Sihat, Tetap Sedap & Cukup Rasa!

Garam masakan merupakan salah satu rempah yang sering digunakan untuk memasak. Namun, penggunaan garam yang terlalu kerap dan berlebihan boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan anda. Salah satunya boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi.

Sesetengah orang dengan keadaan kesihatan tertentu perlu mengurangkan garam. Sebaliknya, anda boleh menggantikan garam dengan bahan semula jadi yang lain seperti yang disenaraikan di bawah. Mari sama-sama baca dengan lebih lanjut!

Baca juga: Cara Buat Serbuk Pati Ayam Homemade. Bebas Gula, Garam, MSG & Bahan Pengawet!

10 BAHAN PENGGANTI GARAM MASAKAN

1. Jus lemon

Rasa masam jus lemon mempunyai kesan sama seperti garam dan boleh dianggap sebagai penambah rasa semula jadi. Jadi ia boleh digunakan sebagai pengganti garam.

2. Kayu manis

Walaupun rasanya manis dan pedas, kayu manis sering digunakan sebagai pengganti garam. Ia boleh dicampurkan ke dalam sup, kari atau daging.

3. Cuka epal (pengganti garam masakan)

Cuka epal juga sesuai menjadi pengganti garam. Ia boleh digunakan sebagai perasa daging atau salad dressing.

4. Bawang besar

Selain itu, serbuk bawang boleh menjadi menambahkan rasa pada hidangan. Ia dikatakan lebih sedap berbanding bawang segar.

5. Bawang putih

Bawang putih ini dapat memberikan aroma dan rasa yang lazat dalam masakan anda. Caranya adalah dengan menumbuk halus bawang putih sebelum dimasukkan ke dalam masakan.

6. Serbuk cili

Bagi penggemar pedas pula, anda boleh gunakan serbuk cili sebagai pengganti garam. Bahan ini juga akan menjadikan makanan lebih lazat.

7. Lada hitam (pengganti garam masakan)

Di samping itu, lada hitam juga sesuai untuk anda yang ingin mengurangkan penggunaan garam. Bahan ini dikatakan dapat mengurangkan keradangan yang berkaitan dengan penyakit kronik.

8. Halia

Halia juga boleh digunakan sebagai pengganti garam dalam beberapa hidangan. Anda boleh menambahkan halia kering dalam tumisan, sos, sup atau perapan.

9. Cuka balsamik

Cuka balsamic berwarna sangat gelap, pekat, dan mempunyai aroma yang kuat. Cuka boleh menghilangkan hanyir dari ikan. Selain itu, ia bebas natrium dan rendah kalori.

10. Daun ketumbar (pengganti garam masakan)

Akhir sekali, daun tumbar juga boleh dijadikan pengganti garam. Ia mempunyai rasa yang pedas dan sangat sesuai digunakan dalam sup atau kari.

Sumber: IDN TIMES

Baca juga: Serbuk Seasoning Cendawan ‘Homemade’, Perasa Semulajadi Tanpa Garam Dan MSG

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago