gigi manusia

Bayangkan tengah sedap-sedap layan bihun goreng panas untuk makan malam, tiba-tiba anda tergigit sesuatu yang keras. Mula-mula ingatkan serpihan tulang daging atau garing-garing bawang goreng, tapi bila luah balik rupa-rupanya objek mirip gigi manusia!

Kedengaran macam babak dalam filem seram, kan? Tapi itulah realiti pahit yang terpaksa dilalui oleh seorang pengguna media sosial baru-baru ini sehingga mencetuskan kekecohan di alam maya.

Baca juga: Wanita Terkejut Inti Karipap Dipenuhi Kulat Hijau, Katanya Dibeli Di Pasar Terkenal Pantai Timur?

Pelanggan Trauma Jumpa Objek Mirip Gigi Manusia Dalam Masakan Panas

Menerusi perkongsian yang tular, mangsa mendedahkan kejadian meloyakan itu berlaku selepas dia membeli sebungkus bihun goreng di sebuah kedai makan di kawasan Kubang Kerian, Kelantan.

“Para-para dentist ke semua, please help me. Saya beli bihun goreng kat satu kedai makan area Kubang Kerian (Kelantan). Saya bungkus lepas tu makan dua tiga mulut baru perasan, ingatkan lauk!”

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, objek putih yang berada di atas timbunan bihun goreng tersebut memang jelas kelihatan mempunyai struktur anatomi sebiji gigi!

Kedai Dakwa Hanya “Serpihan Tulang Daging”

 

View on Threads

 

Sedar ada sesuatu yang tidak kena, pelanggan berkenaan segera kembali ke kedai makan tersebut untuk menuntut penjelasan dan meminta pulangan wang (refund). Bagaimanapun, jawapan daripada pihak kedai agak mengecewakan apabila mereka menafikan objek tersebut adalah gigi.

Pihak kedai mendakwa bahawa kedai mereka hanya menyediakan masakan panas dan objek keras itu hanyalah serpihan tulang atau daging sahaja. Mangsa turut menegaskan bahawa objek itu bukan datang daripada mulutnya sendiri kerana dia sudah memeriksa keadaan giginya yang langsung tidak berlubang mahupun patah.

“Nampak Macam Gigi Geraham Kecil” – Doktor Gigi Turut Bersuara

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai netizen termasuklah mereka yang profesional dalam bidang pergigian. Rata-rata netizen meluahkan rasa loya dan seram sejuk melihat gambar yang dikongsikan.

Antara komen-komen menarik daripada netizen:

  • “Saya dentist. Nampak macam gigi geraham kecil yang berlubang dan patah.”
  • “I’m not a dentist tapi tu memang gigi wehhhhhh…”
  • “Loyanya tengok gambar! Rasa tak boleh masuk makanan dah lepas ni.”
  • “Mujur perasan awal bro, kalau perasan masa dah nak habis licin cemana? Hahaha mau muntah hijau!”

Sehingga kini, hantaran tersebut terus menjadi bualan hangat. Kes-kes penemuan bendasing dalam makanan seperti ini sepatutnya menjadi peringatan tegas buat semua pengusaha kedai makan di luar sana supaya lebih menjaga kebersihan ketika menyediakan hidangan kepada pelanggan.

Sumber: Thread

Baca juga: Taktik Sumbat Ikan Dalam Sotong Sebab Nak Tipu Berat Timbangan, Peniaga Pasar Ini Buat Netizen Naik Angin!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN