Baru-baru ini, tular satu perkongsian daripada seorang pengguna di laman sosial Threads yang meluahkan rasa kecewa dan geli selepas terserempak dengan seekor tikus besar di sebuah premis makanan yang dikunjunginya pada 7 Julai lalu.
Perkongsian tersebut membuktikan betapa kecewanya pelanggan itu apabila pengalaman makannya diganggu oleh kehadiran haiwan perosak berkenaan.
“Semalam datang sini (07/07/2026). Tengah siap makan, tiba-tiba saya nampak ada tikus berkeliaran berhampiran kawasan makanan. Sebagai pelanggan, memang rasa tak selesa,” tulisnya.
Apa yang membuatkan situasi tersebut lebih membimbangkan adalah kedudukan haiwan perosak itu yang didakwa turut masuk ke dalam bekas makanan di restoran tersebut. Kita semua tahu, tikus merupakan pembawa pelbagai jenis penyakit berbahaya seperti kencing tikus.
Tidak berniat untuk menutup periuk nasi sesiapa, pengguna tersebut menegaskan bahawa teguran ini dibuat demi kebaikan bersama. Beliau berharap agar pihak pengurusan premis mengambil berat tentang isu ini dan melakukan ‘post-mortem’ terhadap tahap kebersihan kedai mereka.
“Harap pihak pengurusan ambil tindakan segera dan tingkatkan tahap kebersihan supaya perkara macam ini tak jadi,” jelasnya lagi.
Isu kehadiran tikus atau lipas di kedai makan bukanlah perkara baru, tetapi ia adalah sesuatu yang wajib dipandang serius oleh semua pemilik premis. Banyak kesan buruk kalau usahawan makanan ambil remeh isu kebersihan.
Diharapkan isu-isu seperti ini menjadi pengajaran kepada semua pengendali makanan di luar sana. Kebersihan dapur dan ruang makan perlulah dijaga setiap hari, bukan sekadar bersih waktu nak tunggu gred KKM sahaja.
Sumber: Thread
Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…
Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…
Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…
Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…
Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…
Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…