Categories: Informasi

Tak Nak Bebankan Ibu Bapa, Pelajar Perubatan Ini Sanggup Makan Sisa Makanan Orang

Demi tidak menyusahkan ibu bapa, pastinya ramai individu yang melanjutkan pelajaran akan mencari kerja separuh masa bagi menampung kos pembelajaran dan perbelanjaan harian.

Pun begitu, ada juga segelintir daripada mereka yang hanya mampu mengikat perut dan bergantung kepada duit elaun semata-mata kerana kekangan masa.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pelajar hanya makan sisa makanan pelanggan di restoran untuk menyara hidup mengudang sebak ramai.

Artikel berkaitan: “Selalu Tunggu Sisa Anak Je” – Isteri Terkilan Suami Terlalu Berkira, Siap Minta Jangan Tambah Nasi Bila Makan

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Uncle Kentang di laman Facebook, pelajar berusia 20 tahun itu dia hanya menerima RM100 sebulan.


Oleh kerana hendak berjimat, pelajar itu kerap dilihat menunggu diluar kedai makan pada pukul 9 malam untuk melihat jika ada meja yang tertinggal.

Tindakan nya itu dikatakan kerana tidak mahu membebani kedua ibu bapanya.

Disebabkan itu, seorang lelaki yang dikenali sebagai Uncle Kentang datang berjumpa budak lelaki tersebut dan difahamkan dia merupakan pelajar perubatan di universiti swasta dan merupakan seorang pelajar yang cemerlang dengan mendapat 11A dalam SPM. Malah, pelajar itu menjelaskan bahawa yuran kursus perubatannya mahal iaitu berjumlah RM270,000.

Biasiswa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM250,000 yang diperolehnya tidak mencukupi untuk membantu.

Disebabkan kekurangan pendapatan dan yuran pengajian yang mahal, pelajar itu tidak mahu meminta wang lebih dan lebih suka makan lebihan daripada membebankan ibu bapanya apatah lagi kini ayahnya hanya bekerja sambilan makanan ibunya sebagai seorang suri rumah.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pendapat masing-masing mengenai perkara tersebut bahkan ada juga yang mempersoalkan mengapa dia tidak bekerja ‘part time’ untuk mencari wang lebih.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mengatakan mungkin selain pinjaman PTPTN, dia boleh meminta biasiswa JPA kerana keputusan SPM dia yang cemerlang.

Dalam masa yang sama netizen simpati melihat nasib pelajar berkenaan bahkan ada yang mahu menyumbangkan sedikit bantuan agar dia boleh fokus dalam pelajaran.

Antara komen netizen:

Sumber: Facebook Uncle Kentang 

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Belanjawan Malaysia 2027 Bawa Berita Baik, Harga Ikan, Ayam & Sayur Ditawar Sehingga 30% Lebih Murah

Harga barang dapur antara perkara yang sering menjadi perhatian ramai, terutama bagi keluarga yang menyediakan…

2 days ago

Resipi Sos Yogurt Homemade Rendah Karbohidrat, Nak Makan Dengan Salad Atau Ayam Pun Boleh!

Resipi sos yogurt homemade ini sesuai untuk anda yang mahukan sos berkrim dengan rasa segar…

2 days ago

Belanjawan 2027, SARA Kini Boleh Digunakan Untuk Beli Barang Basah & Segar Di 216 Pasar Tani Terlibat

Antara pengumuman yang menarik perhatian dalam Belanjawan 2027 ialah peningkatan peruntukan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)…

2 days ago

Campur Semua Dalam Mangkuk & Kukus! Resipi Ayam Halia Ini Mudah, Juicy & Penuh Rasa

Ayam halia kukus ini sesuai untuk mereka yang ingin menikmati hidangan sedap tanpa perlu menghabiskan…

2 days ago

Kari Telur Berempah Dengan Kuah Pekat Menyelerakan, Letak Dua Sayur Ini Pula Lagi ‘Syahdu’!

Resepi kari telur ini sesuai untuk mereka yang menggemari kuah kari pekat, berempah dan sedikit…

2 days ago

Resipi Tomyam Putih Ringkas Tanpa Pes, Rasa Lebih Masam Pedas Berlemak Barulah ‘Kick’!

Resipi tomyam putih tanpa pes ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati tomyam ala Thai…

2 days ago