Categories: Resipi

Ikan Pekasam Homemade, Peram 2 Minggu Dah Boleh Goreng Terus!

Ada yang suka makan ikan pekasam? Pekasam ni sebenarnya terkenal di utara dan pantai timur. Tapi paling dikenali di negeri Perak. Cara membuatnya lebih kepada peram ikan seberapa lama dan kemudian goreng. Ini salah satu resepinya yang terkenal iaitu ikan gelama pekasam homemade.

Bahan-bahan perapannya sikit je. Lagi lama diperap sebenarnya lagi sedap. Tapi kalau dah perap dua minggu sebenarnya dah boleh goreng. Rasa ikan pekasam ni lebih kepada masin dan masam. Sebab diperam dengan garam.

Baca juga: Nelayan Ini Kongsi Tip Pilih Ikan Gelama Yang Sedap Buat Lauk

Sebab tu ikan pekasam ni tahan lama sampai bertahun pun boleh tahan. Biasanya cara goreng ialah dengan bawang besar hiris dan cili padi dalam minyak yang banyak. Aromanya memang mengancam. Sekali kalau korang cuba memang confirm repeat.

Di kedai-kedai runcit melayu memang dah banyak jual ikan pekasam. Kebanyakannya menggunakan ikan sungai. Tapi tak semua pengusaha kadang-kadang tu sedap dan dijamin bersih pekasamnya.

Kalau buat sendiri ni lebih puas hati kan. Resipi kali ni dikongsikan oleh Nurul Hawa Nadilah Sari. Dia menggunakan ikan laut iaitu ikan gelama. Nampak menarik untuk dicuba.

RESIPI IKAN GELAMA PEKASAM


Bahan utama:

  • Ikan gelama (ikan laut). Kalau nak buat ikan sungai boleh buat dengan ikan puyu, sepat dan lain-lain lagi.

Bahan cuci ikan:

  • Tepung gandum
  • Asam jawa
  • Garam
  • Cuka makan

Cara cuci ikan:

1. Siang dulu ikan, kemudian cuci bersih.

2. Selepas tu lumurkan dengan tepung dan air asam jawa. Perap sekejap dalam 10 minit.

3. Kemudian cuci sekali lagi dan toskan.

Bahan-bahan perap:

  • Garam kasar secukupnya (agak-agak kuantitinya, janji jangan terlampau masin sangat)
  • Beras (dicuci bersih, kemudian disangai sampai kekuningan. Lepas tu kisar lumat)

Cara buat ikan pekasam:

1. Sediakan balang dan taburkan sedikit garam kasar di dasar balang.

2. Ikan yang telah ditoskan digolek-golekkan dalam garam kasar dan juga beras yang telah dikisar lumat tadi.

3. Sumbat juga garam dan beras dalam perut ikan.

4. Lepas tu masukkan dalam balang dan susun satu persatu ikan.

5. Tutup rapat-rapat dan peram sekurang-kurangnya 2 minggu. Tapi kalau lagi lama lagi sedap.

6. Lepas 2 minggu tu bolehlah goreng ikut resepi masing-masing.

7. Sebaiknya simpan ikan pekasam ni dalam peti ais supaya lebih tahan lama.

Cara goreng ikan pekasam ni ikut resipi apa yang korang suka. Tapi sebenarnya lebih sedap kalau goreng hirisan bawang dan cili sehingga garing dulu. Lepas dah garing baru masukkan ikan pekasam.

Cara goreng pun perlu gunakan api yang kecil je supaya masak sekata. Mudah je kan. Tapi rasanya cukup mengancam bila makan dengan nasi panas-panas.

Masa hidang tu, nak perahkan sikit limau atas ikan pun boleh juga sebagai penambah rasa. Bolehlah nanti anda cuba buat sendiri ikan gelama pekasam homemade ni. Rasai sendiri kenikmatannya.

Selamat mencuba!


Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Resipi Kari Ikan Bawal Emas Berkuah Pekat Dan Berlemak, Memang Surrr!

Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…

59 mins ago

Resipi Kek Marble Mudah, Tak Sangka Guna 4 Bahan Saja Dah Boleh Jadi Secantik Ini!

Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…

1 hour ago

Resipi Sup Tofu Pecah Telur, Hirup Kuah Panas-Panas Memang Tak Puas Semangkuk!

Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…

1 hour ago

Resipi Panna Cotta ‘Inspired By’ Daripada Wedding BASS, Rasa Lemak Berkrim!

Terinspirasi daripada majlis perkahwinan Bella Astillah dan Syed Saddiq yang dikenali sebagai wedding BASS, Nor…

2 hours ago

Resepi Sosej Masak Sambal Homemade, Imbau Memori Macam Makan Di Kantin Sekolah!

Resepi sosej masak sambal ini memang sesuai untuk yang teringin menikmati lauk ringkas seperti yang…

2 hours ago

Resepi Ayam Masak Merah Simple Ini Buat Suami Puji, Tak Perlu Banyak Bahan Pun!

Resepi ayam masak merah simple ini sesuai untuk sesiapa yang mahukan lauk sedap tanpa perlu…

3 hours ago