Bulan Ogos, bulan kemerdekaan buat rakyat Malaysia. Dan pada bulan ini jugalah kita dapat melihat kreativiti orang kita meraikan kemerdekaan dengan pelbagai cara.
Salah satunya, Pau Jalur Gemilang Gergasi yang dihasilkan team Pau Pak Ngah! Memang besar dan mengagumkan!
Untuk menghasilkan Pau Bendera Gergasi ini, sebanyak 387 biji pau digunakan dan mengambil masa tiga jam untuk disiapkan.
Baca juga: 7 Promo Makanan & Minuman Sempena Hari Merdeka 2022, Jimat Habis!
Siapa yang tak banggakan, apabila jenama pau tempatan meraikan bulan kemerdekaan dengan cara yang unik.
Menurut Nur Afifah Roslan, pengusaha kuih pau dan juga merangkap Ketua Operasi di Pau Pak Ngah, Pau Merdeka merupakan salah satu usaha daripada team Pau Pak Ngah sebagai lambang kecintaan terhadap negara.
“Apa yang membuatkan saya kuat dalam menguruskan perniagaan ini adalah keluarga dan team Pau Pak Ngah itu sendiri.
“Saya sedar yang menjalankan perniagaan bukanlah semata-mata untuk diri sendiri tapi untuk orang lain juga,” ujar Afifah yang berusia 29 tahun.
Afifah mengambil alih perniagaan kecil-kecilan daripada ibu bapanya kerana melihat potensi yang sangat besar dalam perniagaan ini.
Minat yang mendalam dalam sektor pemakanan dan minuman membuatkan Afifah secara tidak langsung berminat dalam penglibatan perniagaan ini.
Perniagaan Pau Pak Ngah ini bermula pada tahun 2004 dan terus berkembang hingga ke merata tempat.
Dibuat daripada 100 peratus buatan tangan, Pau Pak Ngah ini terdapat banyak perisa, antaranya Pau Kaya, Pau Kacang Merah, Pau Kelapa dan Pau Coklat. Manakala perisa premium pula Pau Cheesy Beef Bolognese, Pau Mushroom Chicken Carbonara, Pau Rendang Daging dan Pau Black Pepper Beef.
Kredit gambar: @fifahroslan
Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…
Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…
Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…
Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…
Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…
Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…