pau goreng kacang merah

Sudah biasa sarapan dengan roti atau biskut, apa kata hari ini anda cuba buat Pau Goreng Kacang Merah untuk keluarga di rumah?

Resipi Pau Goreng Kacang Merah yang dikongsikan oleh Khadijah Jaafar di Facebook ini sangat menarik dengan hasil yang garing di luar dan lembut di dalam. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Pau Kukus Mudah, Nak Bentuk Putih Cantik Guna Tepung ‘Ini’

RESIPI PAU GORENG KACANG MERAH

pau goreng kacang merah

Bahan-bahan:

  • 800gram tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 3 sudu besar planta
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu kecil gula
  • ½ gelas air suam
  • 1 peket yis
  • Air sejuk secukupnya

Cara-cara membuat:

1. Masukkan gula, yis & air suam. Biarkan seketika hingga yis tu nampak kembang dalam gelas.

2. Dalam satu bekas masukkan tepung gandum, telur, planta, susu pekat & bancuhan yis.

3. Kemudian, masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga doh lembut. Pastikan masukkan air sedikit-sedikit supaya doh tak terlebih air. Uli sehingga doh tak melekat di tangan.

4. Kemudian rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda.

5. Kemudian, tumbuk-tumbuk manja sikit doh supaya udara keluar.

6. Ambil sedikit doh, masukkan inti kacang merah dan bulat-bulatkan. Buat sendiri letak inti meriah gitu.

7. Dalam dulang untuk susun pau, pastikan taburkan dengan tepung dulu. Kemudian, lepas siap susun doh ayakkan sedikit tepung di atas doh supaya apabila nak ambil untuk goreng tak melekat di tangan. Rehatkan sekejap.

8. Kemudian, gorengkan pau. Pastikan minyak masak panas. Semasa permulaan perlahankan api, kemudian guna api sederhana.

9. Jika suka garing boleh goreng lama sikit, yang suka lembut kurangkan masa goreng. Angkat dan sejatkan supaya minyaknya turun. Siap untuk dinikmati!

pau goreng kacang merah

Selain inti kacang merah, anda boleh cuba buat Pau Goreng ini dengan inti lain pula seperti kelapa, kaya, ayam, daging dan banyak lagi.

Selamat mencuba!

Sumber: Khadijah Jaafar

Baca juga: Resepi Kaya Versi Homemade Tanpa Pengawet, Lebih Sedap Dan Asli

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN