pasta goreng

Pasta goreng tom yam adalah hidangan yang jarang dibuat, tapi rasanya memang sedap dan unik! Gabungan tom yam yang pedas dan creamy menjadikan setiap suapan sangat memuaskan. Dengan bahan-bahan seperti crab meat dan fishcake, hidangan ini pasti memberi kelainan.

Menu ini memang tak muak langsung dan setiap kali makan pasti nak lagi! Jika anda cari sesuatu yang baru untuk dicuba di dapur, resipi ini memang pilihan yang tepat. Jadi, tunggu apa lagi? Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat ‘Pasta Carbonara Asli’ Setanding Macam Di Kafe Mewah

RESEPI PASTA GORENG TOM YAM

pasta goreng

Bahan-bahan:

  • 4 pek pasta rebus
  • Ayam (dipotong dadu)
  • Crab meat (dibelah dua)
  • Fishcake (dihiris)
  • 4 biji bawang besar (dihiris)
  • 6 biji cili merah (dihiris)
  • 8 ulas bawang putih (dicincang)
  • 10 biji cili padi
  • 5 sudu besar pes tom yam
  • 1 botol sos Prego
  • 3 biji tomato (dibelah empat)
  • Garam secukup rasa
  • Daun ketumbar (dihiris)
  • Daun limau purut

Cara-cara:

  1. Tumis bahan-bahan yang dihiris bersama bawang putih hingga layu.
  2. Masukkan ayam dan masak hingga sempurna.
  3. Gaulkan pes tom yam dan sos Prego bersama garam, cili padi, dan cili merah.
  4. Tambahkan tomato, gaul sebati dan biarkan seketika.
  5. Masukkan pasta, fishcake, crab meat, dan daun limau purut. Gaul semua bahan hingga sebati.
  6. Taburkan daun ketumbar di atasnya.

Kredit resipi dan gambar: Zaharah Jane Al Qadry

Baca juga: Cara Buat Pasta Carbonara ‘Super Creamy’, Sama Macam Dekat Pizza Hut!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN