Categories: Resipi

Resipi Paprik Ayam Belengas, Cukup Rasa Untuk Menambat Selera Suami!

Paprik ayam belengas adalah salah satu hidangan kegemaran ramai kerana gabungan rasa pedas, manis, dan masam. Hidangan ini juga sangat sesuai untuk semua peringkat umur.

Selain itu, dengan hirisan ayam yang empuk, sayur-sayuran serta aroma harum dari daun limau purut dan serai, resipi ini pasti menjadi kegemaran seisi keluarga. Cara nak buat juga, teramatlah mudah.

Jom cuba resipi paprik ayam belengas yang senang ini!

Baca lagi: Cara Buat Lempeng Kosong Kampung, Sedap Cicah Bersama Sambal Bilis

RESIPI PAPRIK AYAM BELENGAS

Bahan-Bahan Utama:

  • 2 keping dada ayam, dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 1/2 inci halia, dihiris
  • 1 batang serai, diketuk
  • 4 batang cili padi, diketuk
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan kicap sotong
  • 1 sudu makan gula
  • Lobak merah, dihiris nipis
  • Bunga kobis, dipotong kecil
  • 1/2 labu bawang besar, dihiris memanjang
  • 1 batang cili merah, dihiris
  • 1/2 cawan air (jika mahu lebih berkuah, pilihan)

Cara-cara memasak:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.

2. Gaulkan hirisan ayam dengan tepung, kemudian goreng sehingga ayam bertukar warna keputihan. Angkat, toskan, dan ketepikan.

3. Sisakan sedikit minyak dalam kuali. Tumis halia, serai, dan bawang putih sehingga naik bau harum.

4. Masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga pecah minyak untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap dan pekat.

5. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap manis, dan kicap sotong. Kacau rata sehingga sebati. Tambahkan gula untuk menyeimbangkan rasa.

6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi ke dalam kuali. Gaul rata supaya ayam menyerap kuah perasa.

7. Jika suka kuah yang sedikit cair, masukkan 1/2 cawan air. Bagi yang ingin kuah pekat, boleh abaikan langkah ini.

8. Masukkan lobak merah, bunga kobis, bawang besar, dan cili merah. Masak sehingga sayur menjadi sedikit empuk tetapi masih segar.

9. Tambahkan daun limau purut dan gaul sekali lagi. Rasa kuah dan sesuaikan dengan selera jika perlu.

Nota:

  • Sos tiram dan kicap sotong sudah cukup memberikan rasa masin, jadi tidak perlu menambah garam.
  • Untuk rasa yang lebih pedas, tambahkan cili kisar atau cili padi mengikut kesukaan.

Sumber: Makcik Ratu

Baca lagi: Lempeng Guna Daun Pisang, Auto Teringat Nostalgia Zaman Kecil Dulu-Dulu

Aisha Qistina

Recent Posts

Resipi Ikan Cencaru Bakar Cicah Dengan Air Asam, Memang Sedap Menyengat!

Hari ini, MyResipi ingin berkongsi resepi ikan cencaru bakar dengan air asam yang pasti sedap…

1 hour ago

Rahsia Cucur Udang Gebu Tanpa Bahan Penaik, Gaul Tepung Dalam Ais Sebelum Goreng!

Bagi menghasilkan cucur yang gebu, ramai yang gunakan bahan seperti yis atau serbuk penaik. Tapi…

2 hours ago

Cara Buat Air Jagung Creamy, Rasa Lemak Berkrim Tentu Anak-Anak Berebut Minum

Sering nampak peniaga jual air jagung yang sedap di bazar Ramadan, sampai teringin buat sendiri.…

2 hours ago

Resipi Tauge Goreng Sedap & Mengenyangkan, Cara Buat Pun Sangat Mudah!

Resepi taugeh goreng adalah hidangan yang sangat mudah disediakan, tetapi tetap sedap dan menyihatkan. Menu…

3 hours ago

Resepi Bubur Lambuk Guna 2 Cawan Beras, Simple Dan Mudah Dibuat Di Rumah

Sepanjang bulan Ramadan, ramai yang mengagihkan bubur lambuk sebagai sedekah. Jadi, resepi Bubur Lambuk simple…

3 hours ago

Cara Buat Keria Lembut, Ada Tips Supaya Gula Melekat Lama Dan Tak Cair

Semenjak bulan Ramadan ini, ramai mencari resipi kuih-muih yang lazat belaka. Oleh itu, kami nak…

3 hours ago