panduan simpan daging

Anda beli daging lebih atau bercadang nak masak daging tapi tiba-tiba tidak jadi masak? Jangan risau, MyResipi akan kongsikan panduan simpan daging mengikut jenis supaya tahan lebih lama.

Jika tidak diuruskan dengan betul, daging-daging tersebut berpotensi busuk dan boleh menyebabkan pembaziran. Dengan tip ini bukan hanya daging tahan lama, malah kesegaran daging masih boleh dikekalkan walaupun ia sudah disimpan lama dalam freezer.

Baca juga: Tip Masak Rendang Guna Ayam Kampung, Ini 9 Teknik Nak Bagi Lembut

Menerusi perkongsian CNN Indonesia, terdapat beberapa tips dan panduan simpan daging mengikut jenis yang anda boleh ikuti.

PANDUAN SIMPAN DAGING MENGIKUT JENIS

Walaupun disimpan di dalam peti sejukbeku, daging tetap memiliki tempoh waktu yang terbatas ketika dalam penyimpanan. Jika terlalu lama disimpan, daging akan rosak atau membusuk

1. Daging Merah

panduan simpan daging

  • Suhu: 0 hingga 5 Celcius
  • Tempoh simpan dalam peti sejuk: 3 hingga 7 hari
  • Tempoh simpan dalam freezer: 3 hingga 6 bulan

Selain itu apabila mengeluarkan daging dari peti sejuk pastikan untuk periksa dulu dengan teliti. Lebih-lebih lagi jika ia sudah dibekukan berbulan lamanya. Perhatikan jika warna daging sama ada ia sudah bertukar menjadi lebam atau coklat dan tidak kelihatan segar.

2. Daging Ayam

panduan simpan daging

  • Suhu: -1 hingga 2 Celcius
  • Tempoh simpan dalam peti sejuk: 1 hingga 2 hari
  • Tempoh simpan dalam freeze: 6 bulan

Untuk ayam yang sudah dimasak atau diproses pula, kajian mendapati ia boleh bertahan selama empat hingga lima hari bila diletakkan di dalam peti sejuk dan anggaran dua hingga enam bulan jika disimpan di bahagian beku.

3. Daging Sosej

  • Suhu: 0 hingga 5 Celcius
  • Tempoh simpan dalam peti sejuk: 1 hingga 2 hari
  • Tempoh simpan dalam freeze: 3 hingga 4 bulan

Daging salai dan panggang seperti salami, sosej dan daging burger didapati dapat bertahan di dalam peti sejuk sehingga dua minggu atau lebih jika masih di dalam bungkusan yang sempurna.

Namun setelah bungkusannya dibuka daging proses selalunya boleh disimpan dalam peti sejuk selama seminggu. Jika ia diletakkan di bahagian beku, jangka hayatnya dianggarkan antara satu hingga dua bulan.

Lazimnya menyimpan daging yang sudah diproses adalah lebih mudah berbanding yang segar kerana setiap bungkusan daging tertera dengan jelas tarikh luputnya.

4. Daging Cincang

  • Suhu: 0 hingga 5 Celcius
  • Tempoh simpan dalam peti sejuk: 1 hingga 2 hari
  • Tempoh simpan dalam freeze: 3 hingga 4 bulan

5. Makanan Laut

What Seafood and Fish Can You Eat Raw? | Cameron's Seafood

  • Suhu: 0 hingga 5 Celcius
  • Tempoh simpan dalam peti sejuk: 1 hingga 2 hari
  • Tempoh simpan dalam freeze: 6 bulan

Ikan dan makanan laut segar seperti sotong sesuai untuk disimpan di dalam peti sejuk anggaran satu hingga dua hari sebelum dimasak atau diproses. Jika bercadang untuk menyimpannya lama sedikit, pastikan untuk mengalihkannya ke ruang beku. Secara purata pembekuan makanan laut segar boleh bertahan sehingga enam bulan.

Ikan seperti kod, tuna dan talapia sesuai disimpan dibahagian beku sehingga enam bulan. Sementara ikan yang tergolong dalam kategori ikan berlemak seperti tengggiri, salmon dan sardin pula hanya boleh disimpan anggaran dua hingga tiga bulan jika ingin mutu dan khasiatnya kekal.

Semoga bermanfaat.

Sumber: 1, 2

Baca juga: Ini 9 Bahagian Lembu Yang Korang Perlu Tahu Dan Cara Memasak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN