Yes Health

Amalan gaya pemakanan yang sihat dalam kalangan ahli keluarga merupakan antara amalan yang mampu menjamin kesejahteraan dan kebahagiaan sesebuah institusi kekeluargaan. Walau sesibuk dan sepadat mana pun rutin keluarga kita, pemakanan dan gaya hidup yang sihat tak patut dipandang mudah. 

Tapi, kadang-kadang kekangan masa menjadi penghalang untuk ibu-ibu memasak dan menyediakan makanan buat seisi keluarga di rumah. Mana nak sediakan bahan, nak potong-potong bawang, nak masak lagi.  Haa..jangan bimbang, Panasonic ada sediakan penyelesaian kepada masalah korang tu!

Pemakanan yang sihat, bermula dari rumah!

Mesti korang tertanya-tanya apa kaitan Panasonic dengan gaya hidup yang sihat kan?

Haa..buat ibu-ibu yang suka memasak dan menyediakan juadah sihat di rumah, Panasonic sentiasa terkedepan dengan teknologi terkini dalam menyediakan perkakas dapur untuk memudahkan korang memasak makanan berkualiti, sekaligus menjimatkan masa di dapur!

Yang lebih menarik, juadah juga dapat disediakan dalam masa yang singkat di samping kekal berkhasiat dengan Food Processor MK-F510KSK dan 1.5L Low Sugar Induction Heater (IH) Rice Cooker SR-HL151KSK!

Jom kami kongsikan antara keistimewaan kedua-dua perkakas dapur Panasonic ni!

Food Processor MK-F510KSK

Kadang-kadang tu, bukan malas nak masak. Tapi nak sediakan bahan memasak tu yang memakan masa. Tak mengapa, serahkan saja kerja yang bosan dan remeh ni kepada Food Processor MK-F510KSK Panasonic ni!

Dilengkapi dengan 9 aksesori dan 25 fungsi, pemproses makanan ni dapat memotong, mencampur dan menghiris dalam masa yang singkat!

Ini antara 9 aksesori serbaguna untuk keperluan penyediaan makanan yang berbeza:

1. Knife Blade

Aksesori ini khusus untuk mengisar, meremuk, mencincang, meleyek, mengisar, menguli, menghancurkan serta membuat paste, sos dan pencuci mulut.

2. Shredding Blade

Kerja memarut sayur-sayuran dan buah-buahan lebih mudah dengan aksesori ini.

3. Slicing Blade

Sesuai untuk menghiris bahan-bahan masakan dengan lebih halus.

4. Kneading blade

Sesuai untuk menguli doh atau bahan lain.

5. Whipping Disk

Khusus untuk membuat whipping cream untuk pencuci mulut kegemaran.

6. Blender Jug

Sesuai untuk membuat jus, sos dan sup.

7. Citrus Strainer

Kerja- kerja menapis jus sitrus segar jadi lebih mudah dengan aksesori ini.

8. French Fry Blade

Khas untuk memotong sayur-sayuran mengikut potongan french-fry.

9. Dry Mill Container 

Khusus untuk mengisar rempah, biji kopi dan bijian menjadi tekstur halus.

Food Processor MK-F510KSK Panasonic ni juga datang dengan tiga tetapan kelajuan berbeza dan sangat mudah untuk digunakan dalam 3 langkah mudah ini:

1) Letakkan mangkuk, aksesori pemotong dan penutup di tempatnya
2) Masukkan bahan-bahan masakan
3) Pilih kelajuan yang diingini (Tinggi/Rendah/Pulse) untuk mula!

Ia juga kompak, mudah dibasuh dan selamat untuk digunakan dengan ciri-ciri keselamatan seperti  tudung mangkuk dan mangkuk yang dilindungi oleh kunci keselamatan. Yang paling penting, bahan plastiknya diperbuat daripada plastik bebas BPA yang selamat dengan ketelusan tinggi dan mudah dicuci dalam dishwasher. 

1.5L Low Sugar Induction Heater (IH) Rice Cooker SR-HL151KSK

Nasi merupakan makanan ruji buat rakyat Malaysia, namun, ia mempunyai kadar kanji dan gula yang agak tinggi.

Kalau korang nak tahu, Low Sugar Induction Heater (IH) Rice Cooker ni merupakan periuk nasi yang dilengkapi dengan teknologi dwi-lapisan pemanasan 3D, di mana haba dialirkan secara sama rata untuk mengelilingi kuali dalam untuk memasak nasi dengan teliti dari dalam ke luar, sekaligus mengurangkan kanji di dalam nasi sehingga 32%* tau!

Teknologi IH juga membolehkan periuk nasi ini untuk menukarkan kanji beras kepada bentuk yang lebih larut serta mengasingkan air kanji daripada beras untuk mengurangkan kandungan kanji serta fungsi kawalan suhu bagi memastikan nasi dimasak pada suhu yang betul. Barulah gebu, sedap dan berkhasiat nasi tu!

Menariknya, Induction Heater (IH) Rice Cooker ni bukan hanya untuk memasak nasi, sebaliknya ia juga sesuai untuk memasak, mengukus serta memanaskan semula pelbagai lagi menu sihat lain seperti kuinoa, multigrain, bubur, sup, kek dan sebagainya.

Panasonic membantu jimatkan masa korang di dapur!

Kalau korang tengok program realiti masakan rancangan Dapur Tempur di TV9, mesti korang perasan bagaimana para peserta beraksi sesama mereka dalam menyediakan hidangan yang istimewa untuk menarik perhatian juri. Memang havoc dan mendebarkan, tetapi semuanya nampak mudah dengan perkakas dapur Panasonic.

Untuk pengetahuan korang, Panasonic merupakan penaja utama rancangan Dapur Tempur tau. Sebab tulah, proses memasak mereka jadi smooth je. Haa..korang pun mesti nak proses memasak jadi lebih mudah dan ringkas kan? Panasonic kan ada!

Jadi, apa lagi yang korang tunggu, Masih belum terlambat untuk korang amalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat buat seisi keluarga. Nak lagi mudah, pastikan perkakas-perkakas Panasonic ni menjadi peneman korang di dapur.

Untuk yang berminat untuk ketahui lebih lanjut dan dapatkan produk Panasonic ini, korang boleh dapatkan Food Processor MK-F510KSK dan Panasonic Induction Heater (IH) Rice Cooker ni secara dalam talian.

*Disclaimer: Starch reduction rate is determined using low sugar function white rice (Results reported by SGS Malaysia Sdn Bhd)

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN