Categories: Resipi

Pais Ikan Bilis, Tinggal Balut Dan Kukus Ikut Cara Orang Dulu-dulu

Seronoknya kalau dapat makan Pais Ikan Bilis ini. Asyik jadikan ikan masin atau rencah bahan je. Mari kita buat ikan bilis ini sebagai bahan utama dalam masakan.

Baca juga: Pais Tempoyak Ikan Patin Bakar, Masakan Kampung Wajib Coba!

Pais adalah antara masakan yang tidak menggunakan minyak dengan kaedah masak cara kukus atau bakar. Ia boleh dikatakan sebagai makanan yang sihat. 

Ikan akan diperap terlebih dahulu dengan bahan rempah yang telah dibuat, lagi lama diperap lagi sedap. Selepas itu, ikan akan dibalut dengan daun pisang. Bila dibakar aroma semerbak dari daun pisang dan daun kunyit akan meresap kedalam ikan.

Ikuti resipi Pais Ikan Bilis yang telah dikongsi oleh Cik Puan Habibah Husin ini. Resipi beliau mudah untuk diikuti dan sedap, ibu-ibu boleh cuba di rumah.


RESIPI PAIS IKAN BILIS CARA ORANG DULU-DULU

Bahan-bahan: 

  • Ikan bilis yang sudah dibersihkan
  • Bawang merah 3 ulas
  • Bawang putih 2 ulas*
  • Kunyit*
  • Halia*
  • Garam*
  • Asam jawa
  • Cili kisar
  • Daun kunyit 1 helai dimayang halus.

Bahan lain: 

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, tumbuk halus bahan yang bertanda * .

2. Selepas itu, campurkan ikan bilis yang sudah dibersihkan dengan bahan-bahan diatas.

3. Daun pisang dipotong dan lap dan layurkan atas api.  Letakkan campuran ikan tadi atas daun pisang  Balut ikan dengan daun pisang kukus lebih kurang kira-kira 15 hingga 20 minit.

4. Bila dah masak, sedia untuk dihidang.


Semerbak bau aroma hidangan ini, ditambah pula balutan dari daun pisang, rempah untuk perapan yang secukup rasa, memang sedap! 

Selamat mencuba resipi Pais Ikan Bilis ini.

Baca juga: Ikan Bakar Sumbat Rempah Ratus, Rugi Sangatlah Kalau Tak Cuba!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

2 days ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

3 days ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

3 days ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

3 days ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

3 days ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

3 days ago