Categories: Informasi

Orang Singapura Cari Penebar Roti Canai, Tawar Gaji RM5,000

Baru-baru ini, tular sebuah iklan apabila orang Singapura mencari penebar roti canai yang diterbitkan oleh sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris baru-baru ini telah berjaya menarik perhatian ramai.

Tawaran pekerjaan dari negara jiran, Singapura, itu datang dengan gaji lumayan melebihi RM5,000 dan tempat tinggal percuma.

Penebar roti canai yang beragama Islam juga dialu-alukan untuk memohon, dengan kelebihan tempat solat di tempat kerja.

Baca juga: Chicken Chop Sebenarnya Dari Malaysia? Mat Salleh Ini Dedahkan

Selain itu, makanan juga akan disediakan secara percuma khas untuk warga Malaysia yang berminat menyumbangkan bakat membuat roti canai di negara jiran.

ORANG SINGAPURA TAWAR RM5000 UNTUK PENEBAR ROTI CANAI

Walau bagaimanapun, iklan tersebut tidak menyatakan nama syarikat atau lokasi sebenar perkhidmatan yang ditawarkan, hanya disertakan dengan nombor telefon.

“Pekerjaan kosong di Singapura untuk pembuat roti canai. Gaji RM5,000 ke atas. Surau, tempat tinggal, dan makanan disediakan,” demikian iklan yang diterbitkan oleh New Straits Times.

Peluang pekerjaan untuk penebar roti canai ini adalah antara jawatan yang menawarkan gaji tinggi tanpa memerlukan sijil pendidikan tinggi.

Iklan ini menunjukkan bahawa kepakaran dan kemahiran dalam membuat roti canai masih dicari sehingga majikan luar negara sanggup mengiklankannya dalam akhbar tempatan.

Namun demikian, ini juga menimbulkan kebimbangan dan cabaran dalam mengekalkan bakat tempatan, terutamanya dalam sektor makanan, minuman, dan perkhidmatan.

Mereka yang berminat dengan tawaran ini dinasihatkan untuk menukarkan nilai gaji kepada Dolar Singapura sebelum membuat keputusan untuk memohon pekerjaan tersebut.

Ini kerana walaupun gaji yang ditawarkan mungkin kelihatan besar dalam nilai ringgit, namun pendapatan tersebut mungkin tidak mencukupi untuk menanggung kos sara hidup yang tinggi di negara tersebut.

Jualan Roti Canai Boleh Cecah Lebih 500 Sehari

Permintaan tinggi untuk penebar roti canai bukanlah satu perkara yang pelik dan ganjil.

Seorang pemuda dikenali sebagai Kamarul Rizal sebelum ini berkata jualan roti canai di kedai makannya boleh mencecah sehingga 400-500 keping dalam masa sehari. Manakala sebanyak kira-kira 700 keping pada hujung minggu.

Menurutnya, jualan roti canai yang banyak di kedai Abang Terbang, Kuala Pilah di Negeri Sembilan itu menunjukkan bahawa hidangan tersebut menjadi antara pilihan utama masyarakat untuk sarapan pagi.

“Biasanya orang yang nak makan roti canai pergi ke restoran mamak, tetapi sebenarnya ramai yang mencari roti canai buatan air tangan orang Melayu.” kata Kamarul.

Perkara tersebut sekaligus menjelaskan mengapa permintaan terhadap penebar roti canai meningkat dengan mendadak.

Baca juga: Bekas Chef Jual Bunga Kantan Raih Untung, Tukar Tanah Sampah Jadi Ladang

Sumber: New Straits Times

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

3 Jenis Tepung Yang Biasa Digunakan Untuk Buat Muruku, Baru Tahu Ada Fungsi Berbeza!

Tepung muruku memainkan peranan penting dalam menentukan tekstur dan rasa snek tradisional India ini. Walaupun…

4 hours ago

Selama Ini Pilih Telur Ikut Saiz Saja, Rupanya Bentuk & Warna Kulit Pun Ada Maksud Tersembunyi!

Telur ayam antara bahan yang hampir selalu ada di dapur kerana mudah dimasak dan boleh…

4 hours ago

Resipi Chicken Chop Rangup Bersalut Nestum, Tuang Kuah Black Pepper ‘Banjir’ Lagi Sedap!

Resipi chicken chop ini sesuai dijadikan pilihan untuk makan tengah hari atau makan malam. Ayam…

6 hours ago

Rimas! Cara Halau Lalat Buah Yang Berterbangan Terutamanya Dekat Pisang, Cuba Petua Ini

Baru beli pisang atau buah-buahan, tetapi tak lama kemudian dapur mula dipenuhi lalat kecil? Memang…

6 hours ago

Resipi Kuetiau Theng Berkuah Jernih, Tambah Chili Oil Memang Lagi Terangkat Rasanya!

Kalau teringin makan hidangan berkuah yang panas dan menyelerakan, resipi kuey teow theng ini memang…

6 hours ago

Resipi Puding Karamel, Guna 3 Biji Telur Saja Pun Dah Boleh Dapat Satu Loyang!

Puding caramel resepi ini sesuai untuk sesiapa yang nak menyediakan pencuci mulut di rumah dengan…

7 hours ago