nutella crepe

Pasti ramai yang perasan, sekarang tengah viral satu pencuci mulut yang dinamakan Nutella Crepe.

Difahamkan ada satu kedai viral di Penang yang menjual aneka pencuci mulut termasuklah Crepe ini.

Alamak kalau nak pergi Penang jauh pula kan, apa kata jom buat sendiri. Mudah je caranya!

RESIPI NUTELLA CREPE

nutella crepe

Bahan-bahan kulit crepe:

  • 250g susu
  • 2 biji telur
  • 35g gula
  • 80g tepung gandum
  • 2 sb tepung jagung
  • 2 sb minyak
  • 1 sk esen vanilla
  • Pewarna merah

Bahan inti:

  • Non dairy whipping cream (putar sehingga kembang)
  • Nutella

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan-bahan kulit kecuali pewarna merah dan gaul sehingga sebati menggunakan whisk.

2. Tapiskan adunan ke dalam mangkuk.

3. Titikkan 1 titik pewarna merah.

4. Panaskan non-stick pan. Tuangkan 1 senduk adunan kulit crepe. Pusingkan pan sehingga adunan rata. Tuang semula baki adunan ke dalam mangkuk adunan tadi untuk hasilkan crepe yang nipis.

5. Angkat crepe dan sejukkan. Bila dah sejuk, letakkan whipping cream dan nutella di tengah-tengah crepe.

6. Lipat crepe dengan kemas (boleh rujuk video di bawah).

7. Siap! Selamat mencuba.

nutella crepe

Lihat video penuh:

Kredit: TikTok @bakewithannan

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi ‘Durian Crepe Gebu’, Pertama Kali Buat Pun Menjadi & Sedap!

Resipi Portuguese Toast Ala Harold’s Bread, Buat Sendiri Boleh ‘Adjust’ Rasa Manis

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN