Tak perlu pening kepala nak masak apa untuk dibawa ke potluck bersama rakan-rakan ataupun jamuan di pejabat. Jom kita buat pencuci mulut yang mudah seperti Nutella Bites ini.
Kalau nak makan tinggal ambil saja, tak perlu guna pinggan. Yang paling best, untuk membuat pencuci mulut ini hanya perlu menggunakan 2 bahan iaitu roti paratha dan nutella.
Dengan hanya 2 bahan mudah ini, anda sudah boleh menghasilkan manisan yang sedap dan lain dari lain. Jom cuba buat menggunakan resipi yang dikongsi oleh Hurun’lin Malik di bawah.
Baca juga: Hanya Guna Kulit Paratha Segera, Mudahnya Nak Buat Portuguese Egg Tart!
1. Gunakan cawan untuk tekap bulatan pada setiap paratha dan potong dua jadikan separuh bulatan.
2. Sudukan sedikit nutella di tengah-tengah.
3. Picitkan paratha di bahagian yang lurus sampai tertutup. Biarkan bahagian melengkung terbuka nampakkan isi nutella.
4. Susunkan rapat-rapat setiap paratha berisi nutella membentuk seperti jambangan bunga.
5. Bakar pada suhu 180°C menggunakan api atas bawah, letak pada rak oven bahagian paling bawah. Bakar selama 30 hingga 40 minit atau sehingga paratha masak.
Kredit resipi: Hurun’Iin Malik
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…