nugget ayam tempura

Kalau pergi pasaraya baik tesco atau Mydin ke, mesti ambik nugget tempura ayam. Tak kisah lah apa-apa brand sekali pun mesti akan laju je habis  licin. Macam saya suka makan dua jenama je iaitu Ramly atau Lotus. 

Bukanlah tak suka jenama lain tapi belum pernah rasa. Mana tahu bila dah rasa akan suka kan. Macam baru-baru ni, tersuka pulak bila buat nugget tempura homemade ni. Memang dapat banyak walaupun guna ayam sikit je.

Artikel berkaitan: Sosej Ayam Homemade, Tambah Sayur Ini, Lebih Sihat Anak-anak Makan!

Untuk yang ada anak-anak kecil memang akan seronok lah sebab biasanya anak-anak akan suka makan nugget tempura ni. Resepi yang dikongsikan oleh Nahar Efendy Noordin ini simple dan mudah yang boleh kita ikut.

Kalau ada isi ayam bahagian isi lebih mudah nak sediakan. Tapi kalau tidak ada bahagian isi, agak susah sikit lah sebab nak buat nugget tempura ni hanya gunakan ayam bahagian isi sahaja.


Resipi Nugget Ayam Tempura Homemade

Bahan-bahan:

  • Isi Ayam
  • ½ biji Bawang besar
  • 5 ulas Bawang putih
  • 2 Biji Telur
  • Serbuk Hilal
  • Serbuk Maggi Cukup rasa
  • Sedikit garam
  • Serbuk lada hitam
  • Sedikit air
  • Tepung Jagung
  • Tepung serbaguna

Cara penyediaannya:

1. Mula-mula sekali, kisar semua bahan di atas kecuali tepung serbaguna. Kisar sampai semua bahan hancur dan sebati. Kemudian,  sapurkan minyak atau marjerin dalam loyang.

2. Masukkan bahan kisar, tuang ke dalam loyang. Kukus semalam lebih kurang 30 minit atau sehingga masak sempurna.

3. Dah siap kukus, angkat dan potongkan kepada potongan yang kecil. Terpulang kepada kita nak besar mana dan saiz berbentuk apa.

4.  Sementara tu, bancuh tepung serbaguna dengans edikit air. Jangan terlalu likat dan jangan terlalu cair.

5.  Celupkan isi nugget tadi ke dalam tepung dan terus goreng dalam minyak yang panas.

6. Bila dah bertukar warna keperangan, boleh angkat dan toskan minyak. Siap untuk dihidangkan dengan sos cili.

Kalau buat nugget tempura ni memang berebut dengan anak-anak. Makan dengan nasi panas pun layan tau. Ada yang nak Tarik minat anak-anak boleh buat bentuk love, bentuk segi tiga atau ikut kreativiti masing-masing.

Senang dan simple jugak lah nak buat nugget ayam tempura ni. Nak buat untuk berkelah atau majlis makan-makan sesuai buat sendiri nugget tempura ni. Disebabkan isi nya sudah dikukus, jadi time goreng tak perlu lama. Sekadar rangupkan bahagian luar sahaja.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN