nasi pandan tumis

Nasi Pandan Tumis merupakan hidangan nasi yang lazat dan memikat selera dengan aroma harum daun pandan yang menyelubungi setiap butiran nasi.

Kombinasi sempurna antara kelazatan nasi dan keharuman pandan menjadikan hidangan ini pilihan yang ideal untuk disajikan dalam pelbagai majlis dan acara istimewa.

Baca juga: Nasi Mediterranean Ala Nando’s, Guna Beras Basmathi Elok Peroi Macam Ini

Dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dan langkah-langkah penyediaan yang ringkas, nasi versi ini adalah pilihan terbaik untuk memuaskan selera keluarga dan tetamu.

RESIPI NASI PANDAN TUMIS

nasi pandan tumis

“Daddy, boleh tak masak nasi yang wangi tu.”

“Boleh. Nak lauk apa?”

“Ayam kicap!”

Baiklah. Sebenarnya nasi yang wangi sedap itu adalah Nasi Pandan Tumis. Mari lihat cara penyediaannya. 

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Panaskan dan cairkan mentega/ghee, kemudian masukkan daun pandan. Tumis sebentar dan masukkan semua bahan lain dan kacau sehingga wangi.

2. Setelah harum dan bawang telah hampir garing, masukkan beras dan kacau sehingga sebati. Kemudian, masukkan air mengikut sukatan beras dan tambahkan garam, kemudian kacau sehingga sebati. Tutup periuk dan hidupkan api. Selesai.

Selamat mencuba foodies sekalian!

Baca juga: Resipi Nasi Hujan Panas Guna Beras Biasa, Tetap Terlajak Sedap!

Sumber: Khairul Abdullah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN