Mari cuba buat sendiri Nasi Mediterranean ala Nando’s di rumah. Memang sesuai untuk dijadikan menu hidangan hari raya atau rumah terbuka nanti.
Nasi Mediterranean adalah hidangan yang popular di restoran-restoran seperti Nando’s. Hidangan ini memang sedap dengan rasa berlemak butter dan kelembutan nasi.
Baca juga: Tip Nasi Ayam Lebih Harum, Lembut Dan Gebu. Ratah Saja Pun Dah Sedap!
Jika anda ingin mencuba memasaknya di rumah, berikut adalah cara untuk menyediakannya menerusi perkongsian dari @filmwithfh di TikTok.
RESIPI NASI MEDITERRANEAN ALA NANDO’S
Bahan-bahan:
- 2.5 cawan beras basmathi
- 6 cawan air
- Bawang holland
- Bawang putih
- Lobak merah
- Butter
- Kiub ayam
Nota: Potong dadu bawang holland, bawang putih, dan lobak merah
Cara-cara penyediaan:
1. Cairkan butter dalam periuk dengan api sederhana.
2. Tumis bawang putih, bawang merah, dan lobak merah sehingga harum, kira-kira selama 1 minit.
3. Cuci beras basmathi yang telah dicuci dan direndam. Gaulkan beras dengan bahan yang telah ditumis sehingga rata.
4. Tuangkan 6 cawan air dan tambahkan kiub ayam secukup rasa. Gaul rata.
5. Biarkan nasi masak seperti biasa di dalam periuk nasi.
6. Bila dah masak, boleh sedia dihidang bersama ayam Nando’s.
Video penuh:
@filmwithfh Jom masak Nasi Mediterranean Ala-Nandos. Senang je nak buat. I guna beras basmathi dari Jati. Beras dia lebih panjang, bau pun wangi sangat. Btw, Jati ada buat contest, boleh menang hadiah worth more than RM20,000. Boleh visit ig/tiktok @jatimalaysia for more information! Good luck! #jatimalaysia jatimasaklokallah! #confirmoripunya #nasimediterranean #nandos #mediterraneanrice #resepisimple #masakdirumah #fyp #ayamkewpie @Jati Malaysia
Selamat mencuba.
Baca juga: Cara Kurangkan Kalori Dalam Nasi Putih, Tambahkan SATU Bahan Ini Masa Masak
Sumber: TikTok @filmwithfh