nasi lemak goreng

Bukan sahaja unik tapi rasanya juga sangat menyelerakan. Begitulah gambaran paling sesuai untuk hidangan nasi lemak goreng yang dikongsikan oleh Puan Zakiah Ramli di bawah.

Menurut beliau, menu ini antara masakan yang sering dimasak oleh ibunya pada zaman kanak-kanak dulu. Hidangan ini sedikit sebanyak mengimbau kenangan bersama seisi keluarga.

Cara membuat nasi lemak goreng ini cukup mudah. Rencah yang digunakan juga sama sahaja seperti membuat nasi lemak biasa. Yang membezakannya adalah nasi lemak ini perlu ‘digoreng’.

Jika anda ingin mengetahui cara penyediaannya dengan lebih lanjut, boleh ikuti resipi lengkap di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Sambal Nasi Lemak Turun Temurun, Berhari-Hari Pun Tak Basi

CARA BUAT NASI LEMAK GORENG

Bahan-bahan:

  • Nasi sejuk (gaul dengan sedikit garam)
  • Santan
  • Daun pandan
  • Serai
  • Bawang merah
  • Halia
  • Halba dan kayu manis (jika suka)
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya:

1. Tumis daun pantan, serai, bawang, halia, halba dan kayu manis dengan sedikit minyak.

nasi lemak goreng

2. Selepas itu, masukkan santan.

3. Kemudian, masukkan nasi sejuk yang telah digaul dengan garam.

4. Gaul sebati dan goreng sehingga masak.

nasi lemak goreng

5. Boleh taburkan dengan ikan bilis goreng kalau suka.

6. Sedia untuk dihidangkan dengan sambal isi tiram dan timun. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Zakiah Ramli

Baca juga: Tip Masak Nasi Lemak Guna Santan Kotak, Barulah Wangi Dan Masak Sekata

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN