nasi khomok

Nasi khomok atau turut dikenali sebagai “khao hom mali” adalah istilah Thai untuk beras wangi. 

Nasi ini memang terkenal dengan aroma wangi dan tekstur melekit, yang menjadikannya sesuai untuk hidangan seperti nasi goreng, nasi kuning, dan hidangan nasi lain dalam masakan Thai.

Baca juga: Tip Buat Telur Masin Sedap Guna Telur Ayam Pencen, Cantik Kejadiannya

Nasi jenis ini sering digunakan dalam pelbagai masakan tradisional Thai dan terkenal dengan kualitinya yang tinggi dalam menghasilkan nasi yang enak dan wangi.

Mari ikuti resipi dari perkongsian Encik Khairul Abdullah ini. Boleh buat idea untuk jamu tetamu dan menu hari raya nanti. 


RESIPI NASI KHOMOK, NASI BRIYANI STYLE THAILAND

Khao Mok Gai atau Nasi Khomok atau dipanggil juga Nasi Kumok. Sejenis nasi beriani dari Thailand. Khao Mok Gai bermaksud “Chicken buried in rice” bak kata omputihnya. Sedap berempah nasinya. Nah cara nak buat untuk 4 orang makan.

bahan nasi khomok

Bahan Rempah Khomok:

  • 2 sudu kecil rempah kari daging
  • 2 sudu kecil rempah korma
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • ½ sudu lecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula

Nota: Satukan semua bahan, campur sedikit air gaul sebati dan jadikan pes. 

nasi khomok

Bahan Nasi Khomok:

  • ½ ekor ayam dipotong ikut suka.
  • 2 pot beras basmathi/biasa direndam 30 min dan toskan.
  • 4 sudu besar minyak ghee/minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 1 batang serai diketuk dan dipotong
  • 3 ulas bawang merah dihiris
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 2-3 pokok daun ketumbar, asingkan akar
  • 1 genggam daun pudina jika ada
  • 1 cawan susu cair
  • 2 cawan air
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • Garam dan gula secukup rasa 

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan minyak sapi kemudian tumis semua bawang, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sampai layu dan harum kemudian masukkan serai dan akar ketumbar dan tumis sampai agak garing.

2. Kemudian masukkan rempah khomok tadi dan kacau sebati sampai harum dan masukkan ayam. Biar ayam bersalut rempah tadi dan masukkan air, susu cair, kiub pati ayam dan juga garam dan gula jika perlu. Biar didih.

3. Dah mendidih, keluarkan ayam. Masukkan daun ketumbar dan pudina serta beras lalu kacau sebati. Boleh pindah ke periuk letrik jika mahu. Kemudian boleh masukkan ayam di bahagian atas jika suka ayam moist berempah(resepi asli). Kemudian tekan on atau masak seperti biasa.

4. Kalau nak ayam garing, ayam yang dah keluar tadi boleh diperap dengan tepung bestari dan daun kari lalu digoreng dengan api kuat sampai garing dan angkat. Kalau rajin, boleh masukkan dalam airfryer pada suhu 200 degree selama 25 minit.

5. Siap dan hidangkan dengan apa jer sambal dan ulam yang ada. Nak makan nasi dengan ayam sahaja pun dah sedap sangat dah.


Selmaat mencuba resipi Nasi Beriani style Thailand ini.

Sumber: Facebook Khairul Abdullah

Baca juga: Tip Tanam Sweet Basil Dengan Keratan Batang, Memang Lebat Tumbuhnya Nanti

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN