Categories: Resipi

Resipi Nasi Hujan Panas Paling ‘Power’, Lengkap Dengan Daging Kerutuk, Acar Rampai & Ayam Goreng Rangup!

Nasi hujan panas resepi mudah ini memang antara menu yang selalu jadi pilihan bila ada majlis keluarga, kenduri kecil atau bila nak masak istimewa untuk orang tersayang. Gabungan nasi berwarna-warni bersama lauk lengkap memang buat satu meja nampak meriah dan menggoda selera.

Kalau sebut nasi hujan panas, mesti terbayang nasi wangi berempah dengan warna merah, hijau dan kuning yang cantik, dihidang pula dengan lauk berkuah pekat seperti kerutuk daging, acar rampai yang segar, dan ayam goreng rangup.

Resipi ini bukan saja sedap, tapi juga sangat berbaloi untuk dimasak sebab boleh makan ramai-ramai bersama ahli keluarga. Jom kita cuba buat satu set lengkap nasi hujan panas ala kenduri yang confirm buat orang bertambah nasi!

Baca juga: Rahsia Masak Nasi Ayam Sedap Dari Bekas Peniaga, Confirm Tak Cari Resipi Lain!

CARA BUAT NASI HUJAN PANAS RESEPI LENGKAP DENGAN LAUK SAMPINGAN

NASI HUJAN PANAS

Bahan-bahan:

  • 3 cawan beras (cuci & toskan)
  • 1 biji bawang besar merah (hiris)
  • 3 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 helai daun pandan (siat & simpul)
  • 1 cm halia
  • 1 batang serai (dititik)
  • 1 cawan susu cair
  • Air secukupnya
  • 1 kiub ayam
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu besar minyak sapi/marjerin
  • Sedikit minyak masak
  • Pewarna merah, hijau & kuning
  • Bawang goreng, kismis & gajus (hiasan)

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak masak bersama minyak sapi. Tumis bawang besar, bawang putih dan rempah 3 sekawan hingga naik bau.
  2. Masukkan daun pandan, serai dan halia. Kacau sebentar.
  3. Tambah 1 cawan air panas, kiub ayam dan garam. Biarkan mendidih.
  4. Tuang ke dalam beras dalam periuk nasi. Masukkan susu cair dan air secukupnya. Kacau sedikit.
  5. Masak seperti biasa hingga nasi masak.
  6. Bila nasi dah “ting”, buat lubang dan titiskan pewarna merah, hijau dan kuning. Tutup semula 15 minit.
  7. Gaul perlahan dan hias dengan bawang goreng, kismis dan gajus.

KERUTUK DAGING

Bahan-bahan A:

  • ½ biji bawang besar merah (cincang)

Bahan kisar (B):

  • ½ biji bawang besar
  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 ibu jari lengkuas
  • 1 ibu jari halia
  • 1 batang serai
  • 5 cili padi hijau
  • 5 sudu besar cili kisar

Bahan C:

  • 3 sudu besar rempah kerutuk
  • ½ kg daging (rebus & toskan)
  • 1 cawan air rebusan daging
  • Kentang (5 biji, potong)

Bahan D:

  • ½ kotak santan
  • Garam & gula secukup rasa
  • 1 sudu gula melaka
  • 3 sudu kerisik
  • Bawang goreng

Cara-cara:

  1. Tumis bawang hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan kisar, masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan rempah kerutuk, kacau sebati.
  4. Tambah daging dan bahan C, reneh 10 minit.
  5. Masukkan santan dan bahan D.
  6. Masak hingga kentang empuk dan kuah pekat.

ACAR RAMPAI

Bahan-bahan:

  • Bawang merah, bawang putih (tumbuk)
  • Udang kering
  • Cili kisar
  • Rempah kari
  • Carrot
  • Timun
  • Cili merah & hijau
  • Cuka atau asam boi
  • Gula, garam & kiub bilis

Cara-cara:

  1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan rempah kari dan carrot.
  3. Tambah bahan lain dan sedikit air.
  4. Akhir sekali masukkan timun dan cuka/asam boi.
  5. Gaul sekejap saja supaya rangup.

AYAM GORENG RANGUP

Bahan-bahan:

  • Ayam (1 ekor)
  • Tepung goreng Bestari
  • Serbuk bawang putih
  • Lada hitam
  • Telur
  • Tepung beras & tepung gandum

Cara-cara:

  1. Perap ayam dengan semua bahan A selama 1 jam.
  2. Salut ayam dengan campuran tepung.
  3. Goreng hingga keemasan dan rangup.
  4. Toskan minyak dan sedia dihidang.

Sumber: Cikna Azmin

Baca juga: Nasi Minyak Paling Sedap Ala Arwah Bonda, Resipi Simple Wangi & Gebu Setiap Kali Masak

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

6 hours ago