Nasi halia ini dimasak menggunakan beberapa bahan yang mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan tubuh badan.
Bahan utama yang diperlukan antaranya adalah halia. Ia dikatakan boleh membantu masalah angin dalam badan dan juga memanaskan perut. Barulah badan rasa lagi ringan!
Di samping itu, nasi halia ini juga sesuai untuk sesiapa yang tidak sihat badan atau mereka yang sedang berpantang.
Jika ada yang mahu mencuba, boleh lihat resipi lengkap yang dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial Facebook bernama Lin Zalika di bawah.
Baca juga: Tip Masak Nasi Goreng Dalam Kuantiti Banyak Agar Lambat Basi
Bahan-bahan yang diperlukan:
Cara penyediaannya:
1. Sediakan periuk, panaskan sedikit minyak zaitun. Tumis halia dan bawang putih yang telah dihiris halus sehingga sedikit keperangan.
2. Masukkan 3 cawan air dan sedikit garam. Tutup periuk dengan tudung penutup dan biarkan ia mendidih.
3. Jika air sudah mendidih, masukkan beras dan gaul sehingga sebati.
4. Tutup semula periuk, biarkan nasi masak dan kering.
5. Siap! Selamat mencuba.
Kredit resipi dan gambar: Lin Zalika
Baca juga: Resipi Nasi Goreng Sedap Guna 3 Bahan, Anak-Anak Makan Berselera!
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…