Masih ingat bila kali terakhir anda bercuti ke Cameron Highlands bersama keluarga? Kenangan paling indah adalah dapat makan Nasi Lemak Strawberry di sana.
Warna merahnya itu bukanlah daripada pewarna, tetapi ia dimasak sekali bersama buah strawberry. Patutlah warnanya merah jambu yang cantik!
Tak apa jika tak sempat ke Cameron Highlands, anda boleh cuba Nasi Lemak Strawberry di rumah dengan resipi daripada Nurhayati Maleq di Facebook.
Baca juga: Resepi Nasi Lemak Pandan, Gabung Ayam Goreng Berempah Lagi Selera
Bahan- bahan:
Cara-cara:
1. Buang dulu daun strawberry dan cuci bersih. 1 pek yang saya guna ada dalam 10 hingga 15 biji strawberry. Masukkan air kosong dan kisar hingga lumat.
2. Cawan yang saya guna untuk sukat air adalah cawan yang sama untuk sukat beras. Anda yang gunakan beras basmathi boleh guna 5 cawan beras 5 cawan air.
3. Buat 3 cawan air strawberry + 2½ cawan air kosong (saja tambahkan ½ cawan air tu).
4. Gaulkan air bersama beras supaya sekata. Hati-hati sebab kita tak nak beras hancur.
5. Masukkan halia dan bawang yang sudah dimayang, kemudian masukkan kiub pati ikan bilis yang telah dihancurkan sikit sebelum masuk ke dalam periuk. Kacau rata.
6. Masukkan santan. Nak guna santan segar pun boleh, pastikan ambil bahagian yang pekat. Kacau perlahan sehingga sebati.
7. Masukkan sedikit garam. Saya suka letak mushroom seasoning. Nak guna cukup rasa atau aji pun boleh. Siap gaul bolehlah dimasak. Tutup periuk dan masak macam biasa. Siap!
Buka saja periuk, memang semerbak bau strawberry dan lemak santan tu. Aroma Nasi Lemak Strawberry yang wangi pasti buatkan anda berselera.
Selamat mencuba!
Sumber: Nurhayati Maleq
Baca juga: Sambal Strawberry, Resipi Masam Manis Ini Ngam Dengan Nasi Lemak
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…