Categories: Resipi

Asam Pedas Asli Melaka, ‘TIP’ Bagi Rasa Masam, Manis & Pedas Lebih Padu!

Kalau ke Melaka, memang tak sah kalau tidak singgah sebentar rasa asam pedas asli Melaka. Aroma dan juga gabungan rasa masam, manis, pedas memang buat kecur air liur!

Tapi, macam mana nak buat rasa yang seakan sama dengan asam pedas di sana? Jom kita tengok resipi dan petua oleh Cik Puan Dania Yusdi.

Baca juga: Daging Bakar Danok, Macam Ini Barulah Suami Sayang!

RESIPI ASAM PEDAS ASLI MELAKA

Bahan-bahan:

  • 4 ketul ikan pari / parang / tenggiri (dibasuh bersih)
  • 3 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 mangkuk cili kering kisar (boleh letak lebih jika suka pedas)
  • 3 cm belacan (Liza guna 1 cm je)
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1 sudu besar lada hitam

(Bawang merah, bawang putih, halia, cili, belacan, kunyit, dan lada hitam dikisar bersama)

  • 3 batang serai (dititik)
  • 1 sudu teh halba
  • Daun kesum dan bunga kantan
  • Bendi atau terung
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis halba hingga kekuningan.

2. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar bersama serai dan tumis hingga garing dan pecah minyak. (Jika ikut cara mak mertua Liza, dia masak sampai sambal merecik di dapur untuk memastikan ia masak dan garing.)

3. Setelah garing, masukkan gula. Jangan terlalu banyak, sekadar 1 sudu teh sahaja. Tambahkan daun kesum dan bunga kantan.

4. Masukkan ikan, kacau sedikit, dan kemudian masukkan air asam jawa. Banyaknya air asam jawa bergantung kepada kepekatan kuah yang diinginkan. Jangan terlalu cair atau terlalu masam.

5. Tambahkan bendi atau terung.

6. Perasakan dengan garam dan biarkan ia mendidih.

7. Tutup api dan hidangan sedia untuk dihidangkan.

Petua:

  • Menambahkan belacan dalam asam pedas Melaka memberikan rasa yang lebih ‘kick’. Namun, jika anda alah atau sensitif dengan belacan, boleh abaikan.
  • Untuk rasa yang lebih sedap, masaklah asam pedas 3-4 jam sebelum waktu makan. Ini memberi masa kepada rasa untuk sebati.
  • Kuah yang pekat akan menghasilkan rasa yang lebih enak.
  • Menggunakan ikan yang segar akan menambah kesedapan hidangan ini.

Sumber: Dania Yusdi

Baca juga: Resipi Parpu Telur Kesukaan Orang Utara, Kuah Kena Pekat Likat Baru Sedap!

Aisha Qistina

Recent Posts

Tips Chili Oil Tahan Lama, 6 Bulan Masih Elok Walaupun Disimpan Pada Suhu Bilik!

Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…

9 hours ago

Resipi Kuetiau Hong Kong Dengan Kuah Pekat & Aneka Lauk, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas!

Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…

9 hours ago

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…

10 hours ago

Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…

11 hours ago

Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…

12 hours ago

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

13 hours ago